Wednesday, February 15, 2017

Tudung instant pilihan ku

Semenjak bergelar mak-mak ni, antara kesukaran yang aku terpaksa berdepan adalah untuk maintain tudung dari awal keluar sampai la waktu balik rumah. Balik rumah confirm comot. huhu. Kadang-kadang keluar pun dah selebet gara-gara tudung tak beri kerjasama dan anak-anak dah meroyan nak keluar (fenomena biasa untuk anak-anak yang terperap dalam rumah 5 hari seminggu. haha). 

So, dipendekkan cerita, aku jumpa satu tudung yang sangat best yang bernama Haura Premium. Tudung ni menepati citarasa aku dan suami. Suami aku ni anti-shawl dan apa saja tudung yang melekat di muka. Senang cakap dia suka aku pakai tudung ikan bawal je. Ikan termenung dia tak suka. eh. Kebetulan, aku pun jenis selesa pakai tudung bawal pin depan je. Aku hanya dan hanya akan pakai tudung-tudung complicated yang kena lilit-lilit berjam-jam hanya bila nak keluar waktu uzur syarie. Ok aku ngaku malas nak lepak surau lelama dan tunggu turn tengok cermin semata-mata nak melilit tudung. huhu. Lagipun bila dah ada anak, kami kena bergilir solat. Masa solat dah berganda. Belum masuk masa nak melilit tudung lagi. Belum campur kesukaran bila solat di masjid yang lepas ambik wudhuk kena pakai tudung semula sebelum ke tempat solat atau tempat solat berada di tempat terbuka. Maaf aku tak cukup rajin (baca : malas) berangkut dengan pin-pin yang banyak. Taip pun dah rasa leceh dan penat. huh! 

Aku bersyukur sangat jumpa tudung Haura Premium ni sebab instant (terus sarung dan bukan saja siap tapi cantik! perasan.. :-P ) dan surely bukan jenis melekap di muka (aku kurang confident pakai melekap-lekap ni. haha) Bonusnya, tudung ni sangat senang bentuk dan senang iron. Tak payah tiup-tiup bila pakai, spray starch, tenyeh lilin.  So, suami-suami memang akan tersenyum dan borong sekodi supaya tak payah tunggu isteri lama-lama bersiap. Mesti ramai terus scroll cari gambar tudung. Kan? Kan? haha.. Saja share bawah-bawah sikit bagi keterujaan tu bercambah-cambah. hehe. 

Aku teringat lagi waktu pertama kali terpandang tudung ni, terus jatuh ditimpa cinta pandang pertama disebabkan kecomelan tudung Haura Premium ni. Perempuan memang suka benda comel-comel kan? Pantang masuk kedai-kedai Jepun, mesti rasa nak rembat je semua barang walaupun tak perlu. Sebab tu la kedai-kedai Jepun ni makin bersepah kat Malaysia ni. Gara-gara kita lah. hehe. Tudung ni simple je, plain saja. Tetapi dihiasi satu ribbon comel yang buat pemakai nampak sweet dan adorable. Serius sweet sangat sampai boleh kena kencing manis. 

Okay jom layan gambar-gambar tudung instant pilihan aku ni. Gambar orang je sebab aku pemalu nak kongsi gambar sendiri. Pemalu sangat u olls. haha. Nanti aku rajin aku share gambar personal aku plak jadi model gayakan tudung ni. cewaaah. hahaha. Kalau korang dah jatuh cinta, boleh like/follow kedai_ess_ess di facebook dan instagram, atau whatsapp/telegram saja 0125573571 untuk lebih pertanyaan pasal tudung yang tersangat menarik kau memang the boooom ni okay. Jangan tangguh-tangguh, tudung ni cepat nau sold out. =) Selamat cuci bilas mata. :-)














Thursday, May 8, 2014

260414: Tips untuk bawa anak kecil ke zoo

Alhamdulillah last last week pegi bercuti di Melaka. Sempatla melawat Zoo Melaka. Perghhh balek-balek terlentang jugak tido sampai terlambat pegi kenduri my ex housemate. So, I nak share few tips untuk those yang ada baby dan nak bawak baby belajar tentang nature ni. haha. 

1. Jangan lupa bawa spray nyamuk/serangga. Nak masuk tu terus spray kat baju baby. Jangan spray Ridsect sudah la. hehe. Spray nyamuk baby ni banyak jual kat farmasi. Watson and Guardian pun ada rasanya. Dalam zoo memang banyak nyamuk!

2. Pakaikan baby baju yang warnanya cerah-cerah. Nyamuk love darkness. So avoid black and dark color ya. One more, kat dalam zoo tak da air cond. Warna yang gelap-gelap ni menyerap haba tau. Kami pegi pagi pun rasa panas sangat.

3. Bring plenty of water. Kalau tak nak kita and baby dehydrate, bawak banyak-banyak air. Minta Encik Suami tolong pikul bag yang ada air tu. Kalau rasa berat, cepat-cepat la minum untuk kurangkan beban. hihi. Untuk mommy yang direct breastfeed, jangan lupa bawa nursing cover. Kalau teror, boleh nursing dalam carrier ja. =)

4. I prefer carrier than stroller. Jalan dalam zoo tu bukan macam dalam supermarket. Smooth ja nak tolak stroller. haha. Tapi berbukit bakau dengan tangga-tangga lagi. Stroller menambahkan beban lagi ada la. Masa pegi Zoo Melaka tempoh hari, Muhammad Tariq banyak didukung daripada duduk dalam stroller tu. Sebab lagi senang dia nak tengok haiwan-haiwan tu bila didukung. I yang kena tolak stroller kosong berisi 2 botol mineral water 1.5L dengan jalan berlekuk-lekuk. 0.0.

5. Kalau nak bawak stroller jugak, belilah yang tahan lasak ala-ala kenderaan 4 wheels yang orang bawak masuk hutan tu. Pastu jangan lupa beli kipas yang pakai bateri tu banyak-banyak dan susun depan stroller tu. hahaha. 


Itu ja kot tips masuk zoo. Selamat mendidik anak-anak tentang nature! =)
Byep!
Assalamua'laikum

Sunday, April 20, 2014

Breastfeeding Journey

Assalamua'laikum

Nak share breastfeed journey aku yang dah masuk 9 bulan sekarang ni. Alhamdulillah. By the way, I want to warn you that this post is very long. =) Story start tika Muhammad Tariq masih dalam tummy aku. Aku dah mind set to fully direct breastfeed Muhammad Tariq selama dua tahun. Aku buat pembacaan serba sedikit. Mind set tu sangat penting dan breastfeed ni natural. Siap tengok video baby baru lahir terus go to mom's nipple. Ni kesilapan aku. Nak tahu apa yang aku silap, please keep reading. =) So, aku take for granted bab breastfeed ni. Study gitu-gitu ja. Antara usaha aku untuk prepare my mind and body ke arah itu ialah beli nursing bra. Ya aku start pakai since masa pregnant lagi. Punya semangat nak bagi baby susu terbaek di dunia tu. =)

11 Julai 2013, Muhammad Tariq yang ditunggu-tunggu lahir. Just a day before due. Aku bersalin di hospital kerajaan. Malangnya, hospital kerajaan ni orang lain tak bole tunggu diluar masa melawat. Aku as 1st time ummy ni terkial-kial kena tinggal dengan baby. Luka aku quite besar. Dengan tak biasa breastfeed baby. Plus duk kontrol-kontrol duduk kepit-kepit, aku gagal direct breastfeed Muhammad Tariq. Aku terpaksa perah dalam sudu and suap. Beberapa kali jugak aku try tapi masih gagal. Stress sangat masa tu. After almost a day try, aku terus ambik pam my sis and pam. Bagi baby susu using spoon. After a few days, hubby tersayang pujuk and cakap tak pa bagi thru botol. Lagipun masa tu Muhammad Tariq punya kuning makin teruk. Atleast baby dapat colostrum tu sebab the best way to reduce kuning is keep giving baby the breast milk. Nurse yang datang melawat kat rumah pun try tolong aku untuk direct feed Muhammad Tariq tapi tetap fail. Ilmu perah and simpan susu aku masa tu zero. Masa tu baru nak baca macam mana nak simpan bagai. Mommy to be.. please read, read and read. Don't be like me. Banyak jugak colostrum yang rosak sebab salah simpan. Sorry baby T.T Aku rasa down to the earth sangat. Aku try hard to be positive. Tapi hari demi hari aku mula putus harapan. Aku start turunkan aim. Atleast can fully pumping for 2 years. Ada yang berjaya. Korang bole baca experience dorang dalam group ni. Thanks for inspiring me!

Sekali lagi aku diuji, susu makin kurang after few weeks. Muhammad Tariq nangis-nangis sebab susu tak cukup. Ya jumlah susu yang aku pam memang berkurang teruk. Aku dan hubby search pasal nak tambah susu. Kami try macam-macam. Stress juga bole sebabkan susu kurang. Aku pam setiap 2 jam untuk banyakkan susu dan hati senantiasa merintih doa ALLAH cukupkan susu badan aku untuk Muhammad Tariq. Bayangkan malam memang kami suami isteri tak cukup tidur. Aku bangun setiap 2 jam untuk pam. Husband pula suapkan baby setiap 2 jam baby bangun. Letih yang teramat aku rasa. Aku jenis yang mudah terjaga bila ada bunyi dan cahaya. Bila Muhammad Tariq nangis aku akan terjaga juga. Aku tidur sangat sedikit. Lebih kurang 3 kali aku demam masa pantang. Aku siap suruh hubby belikan susu tepung untuk back up. Aku tak mau sebab nak matlamat tercapai, anak kurang zat. Alhamdulillah langsung tak guna dan susu tu pun dah dijual di group 'Letgo barang 2nd hand'. :)

Lepas habis pantang, aku keep fully pumping. Hampir 3 bulan aku tak cukup tidur. Then, ALLAH bantu aku through Kak Hana. Baby dia lahir on the same day dengan Muhammad Tariq. Dia pun fully pumping awalnya dan alhamdulillah dia baru ja berjaya direct breastfeed. Aku inspired. Dia suruh aku pujuk Muhammad Tariq belajar hisap. Keep telling baby yang both of us (ummy dan Muhammad Tariq) in learning process and stop giving bottle. Masa mula try, yep aku putus asa. Aku salah teknik dan gagal. Cara yang betol ialah jangan bagi botol tapi jangan biar baby fobia dengan breast kita. Jangan biar baby nangis. Keep pujuk. Dan memang kena kuat mental. Sabar dan usaha yang tinggi sangat perlu. Alhamdulillah aku ada suami yang supportive. 2 kali aku hampir tersungkur. Tapi husband hulurkan tangan dan tarik aku untuk terus usaha. Dalam 2 3 hari jugak air mata mencurah-curah. Alhamdulillah Muhammad Tariq cepat belajar. We succeed with flying colours lagi! =) Semenjak tu sampai sekarang aku langsung tak pam dan tak bagi lagi botol kat Muhammad Tariq. Nak pegi mana-mana pon senang. Tak payah nak bawak air panas, pump dan lain-lain. Hubby pon malam-malam dah bole tidur lena. =) Really salute those yang fully pumping sampai 2 years. You are strong mommy! =)

Aku share this experience here sebab aku nak 1st time mommy jadikan experience aku ni pengajaran. Get ready! Be a knowledgeable mommy! Dan untuk mommy yang senasib dengan aku, insyaALLAH ada jalan disebalik setiap kepayahan. Ada kata-kata yang dah 2 bulan payah dah nak ajar. Tapi nyahkan kata-kata tu dalam kepala otak korang. Tu belom masuk bab mulut-mulut yang nak men'down'kan kita lagi tu. Tolong pekakkan telinga. =) Memang kena betol-betol strong. Jadi MAK ni bukan dapat seronok ja tau. Your husband and wife life memang akan berubah 360 degree. =) For those yang lucky than me, may be anda diuji dengan ujian lain. Setiap orang ALLAH uji ikut kemampuan. So please be thankful dear. Syukur, syukur dan syukur. Lastly, aku sangat-sangat harap dapat direct breastfeed sampai 2 tahun. Korang tolong doakan ya. =)

Wednesday, April 2, 2014

Socks Soka

Assalamua'laikum
Kaki sebahagian daripada aurat juga ya sayang-sayang sekalian. =)
Jom pakai stokin!
My sis yang request socks comel ni. Katanya mau pakai dalam bilik guru.
Lepas tengok dua tiga kali rasa jatuh cinta pulak.
So why not korang try jugak socks yang comel ni.
Bole usha dekat Kedai_ess_ess
Kalau nak beli borong pun bole.
Kot la nak berniaga kat office ke nak share beli ramai-ramai ke 
minimum pembelian borong, 12 pasang ja!
Socks ada tiga jenis.
Harga??
Plain RM8
Kanik stripe RM10
Polkadot RM12
kalau nak order or ada apa-apa soalan jangan malu-malu segan-segan whatsapp nombor ni ya
012-5573571
Jom cuci mata dekat instagram kami jugak. Search kedai_ess_ess =) 

 Stripe and polkadot

Candy plain socks

Dark plain socks

Wednesday, March 26, 2014

Lipbalm eos

Assalamua'laikum

Musim panas sebegini, mulut dan kulit kita biasanya akan kering dan mengelupas jika kurang minum air. So jom pakai lip balm Eos yang sangat comel bentuknya ni. Lipbalm Eos ni barang yang wajib ada dalam handbag. Lepas makan, minum or solat bole roll on kat lip. Bukan sahaja 100% natural malahan 95% organik. Tapi dia takkan ubah warna natural bibir kita ya. Ada 4 ja lagi flavours yang available.


comel kan?



Ni 1 of the flavour. Summer fruit. warna merah bekas dia.


Yang pink (strawberry sorbet) dah out of stock. Yang available purple (Passion fruit), Blue (sweet mint), green (Honeysuckle honeydew) and red (summer fruit).
Price: RM22 saja. Very reasonable dan berbaloi-baloi.


If interested bole whatsapp 0125573571 atau pm kedai_ess_ess ya.
Bole usha barang-barang lain di instagram kami. Search kedai_ess_ess =)