Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Thursday, November 14, 2013

1st pregnancy experience

Alhamdulillah pengalaman mengandung nak kata teruk pun tak, nak kata mudah pun tak. In the middle la. Ketinggalan train punya update. So sementara ingat ni, I'm trying to summarize all 9 months+9days pregnancy's experiences in this post. 

1st Trimester

Symptoms:
Fatigue aka cepat letih
Mudah tertidur. Tengok movie pun bole terlelap. Pantang baring.
Cepat lapar. Dapat hubby yang jenis semua kita teringin dia akan try hard untuk beli. Memang berat naek very mendadak la. haha.
Rasa loya tapi sekali pun tak muntah sepanjang mengandung
Hidung sangat-sangat sensitif. Macam ada extra sensor pulak. haha. This time memang tak bole masuk dapur.
Sakit belakang. Bila tido terlentang sakit sangat nak bangun. Sakit belakang ni rasa sampai la bersalin. Nasib ada hubby yang rajin tolong urutkan. >love<

Blood spots a day before scan appointment (9 weeks 3 days). Ada drama air mata. Tapi alhamdulillah baby ok. Dapat Duphaston untuk kuatkan rahim. 

okay bukan kembar! hehe


2nd Trimester

Symptoms:
The best term for me la. Selamat tinggal segala alahan.! [sambil lambai-lambai dengan muka riang]. Cuma cepat panas. Tidur pasang 2 3 kipas time tu sebab belum ada air cond.
Tak boleh skip makan. Kalau tak perut mula berangin.

Blood spots (23 weeks) again. Drama air mata 2nd season. haip baby! You always make me worried la. =P


Nampak tak jantina baby kat situ? =)

3rd Trimester

Symptoms:
Cepat letih. Dah tak bole tawaf shopping complex lama-lama. Banyak masa habes pit stop kat kerusi-kerusi kat shopping complex tu.hehe
Increase urination. Nak tahu public toilet kat mana yang bersih kat mana kotor bole whatsapp ya. haha. 
Cepat panas. Dah la time tu memang musim panas. Alhamdulillah mertua sanggup pasang aircond dalam bilik. Kat umah sendiri pun dapat air cond lama tapi still berfungsi. Alhamdulillah!

Kaki bengkak sikit ja. Tu pun hujung-hujung pregnancy dah. 
Stretch mark dah start menunjukkan diri masing-masing kat bahagian perut -.-"

Berat last masa mengandung 70 plus plus. hamik kau. huhu. Buku pink sangat tebal sebab terpaksa rajin gi buat pemeriksaan. Siapa suruh berat naik mendadak sangat. huhu 

Ni antara memories yang still trepahat kat memory box. this journey make me more more more appreciate my mak and abah. Love u mak! Love u abah! ;)

Wednesday, November 13, 2013

170113: Next step after UPT result is positive

Assalamua'laikum

Alhamdulillah saya positif pregnancy selepas lebih kurang 2 bulan kawen. Ya, saya tak bunting pelamin sebab waktu kahwin tu di luar waktu subur saya. 1st month pun tak ada rezeki lagi. Time tu period lambat 5 hari. Planned nak beli pregnancy test kit after maghrib. Bila nak solat maghrib tu, jeng jeng jeng.

"Danger! Blood detected!"

Waktu tu memang cair habis la ais-ais kat mata ni. T.T Muhasabah diri balik dan perasan ada kurang sesuatu yang sangat penting iaitu DOA. Time tu kami lupa doa mohon dikurniakan cahaya mata. So, after that memang keep praying kami dikurniakan anak. Alhamdulillah ALLAH Yang Maha Mendengar makbulkan. =)

By the way, post ni nak share pengalaman 1st time buat buku pink untuk rujukan orang lain. Saya pun rujuk Miss Google juga masa self pregnancy test positive sebab blur jap apa next step. hehe. Oh ya, saya memilih klinik kerajaan berbanding swasta. Kesemua prosedur mengambil masa lebih kurang 3 jam. Swasta sepatutnya lebih cepat la :)

Below ni kronologinya ya! :)


1. Pergi ke KAUNTER PENDAFTARAN dan beritahu mahu membuat ujian kehamilan. Saya tak bagitahu hamil kononnya sebab nak pastikan betul betul memang hamil. Tapi klinik pun actually akan buat ujian urin jugak. -.-". Biasanya ada bakul kat situ dan kita akan diminta tinggalkan kad pengenalan di situ untuk pendaftaran. Tunggu sehingga nama dipanggil. Untuk pesakit luar, anda akan di caj RM1. 

2.  Kemudian, pergi ke makmal dan tinggalkan kad pesakit luar di dalam bakul yang disediakan. Tunggu sehingga nama dipanggil dan cawan kertas yang berlabel akan diberikan. Sebaiknya tanya medical lab technician tersebut kat mana toilet berhampiran dan kat mana nak hantar sampel urin tersebut. Kat sini saya usha orang-orang yang gilirannya sebelum saya untuk tahu kat mana toilet berhampiran dan di mana nak hantar sampel urin. hehe. Then, pergi ke toilet berdekatan dan ambil midstream urine. Untuk KK Jalan Datuk Kumbar, anda perlu hantar sampel urin ke BILIK M (ada tulis besar-besar depan pintu tau). Then gi tunggu balik depan kaunter makmal tu sampai result keluar.

3. Kalau positif, dia akan proceed suruh kita gi buat buku pink. Tanya dia kat kaunter mana kita boleh buat buku tu. Biasanya di bahagian ibu dan anak. Tinggalkan kad dalam bakul yang disediakan. Nanti nurse akan panggil dan bagi dua buah buku pink suruh isi semua bahagian yang kita tahu. 

4. Hantar balik buku tu kat kaunter. Tunggu lagi sampai nurse panggil untuk isi bahagian-bahagian yang selebihnya. Dalam sesi interview ni apa yang kita perlu tahu adalah HARI PERTAMA PERIOD TERAKHIR. Dari situ dia akan count kandungan dah berapa minggu. Yang lain-lain tu, basic info suami, tarikh nikah (ada tempat yang mintak kad nikah. so to be prepared, bawak ja), alamat terkini (tengok most time kita ada kat mana. sekarang ni dorang adakan personalized care. So kalau stay tempat lain dorg tak bagi buat pemeriksaan kat situ. Dorang mintak buat dekat klinik kesihatan yang berhampiran dengan tempat tinggal. Contoh kalau rumah mak dekat Alor Setar  tapi rumah sendiri kat Nibong Tebal, kita kena buat pemeriksaan kat KK Nibong Tebal walaupun planning nak beranak kat Alor Setar dan every weekend memang balek Alor Setar) 

5. Then dia amik blood pressure. Dua-dua belah tangan lagi. hehe. 

6. Bawak tiub darah dan buku gi bilik phlebotomi. Kalau KK Jalan Datuk Kumbar, bilik tu sebelah bilik M ja. Tinggalkan buku dalam bakul dan tunggu giliran lagi. Selesai ambil darah, hantar tiub darah tu ke makmal (BILIK M). dan tinggal sekali dengan buku pink tu dekat situ. Tunggu lagi sampai result keluar dan bawak buku pink tu gi jumpa misi yang dipertanggung jawabkan untuk jaga kita. Nanti dia akan suruh baring dan check mata, leher, breast dan perut. Then ceritalah semua simptom yang dihadapi. Jangan lupa request untuk buat scan. Nurse tu jugak akan bagitau bila next appointment. 

7. Dapat supplement vitamin C, vitamin B kompleks, Asid folik dan iron untuk dibawak balik dan selesaila sudah 3 jam di klinik kesihatan. :)

Lain Klinik kesihatan mungkin lain prosedurnya tapi stepnya lebih kurang rasanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat.!

Pssssssssssttttt post ni dah lama taip tapi tak publish. [ce tegok tarikh. haha] Anak second nanti bole review balik post ni. hehe.. Bye! :P