Wednesday, January 4, 2012

040112: Planning mode

Walaupun persediaan untuk E-day belum fully settle. ok sebenarnya banyak sangat lagi yang belum settle. huhu. Semua preparation tu tak boleh nak settle selagi belom jejak kaki di baiti jannati. I nak buat kerja tapi lecturers belum respon. So, last night bermulalah ekspedisi menyiapkan Gantt Chart, Checklist and Budget untuk W-day. I buat dulu setakat yang I mampu. Semalam dah antar Gantt chart and checklist kat Fiance To Bee untuk check and edit yang mana perlu. Dia still tengah edit. [saja I send semalam sebab ari ni dia cuti..hehe]. Now, I proceed dengan budget la.. =) 

I ada juga ambil contoh-contoh checklist dan budget ex-B2B and B2B untuk rujukan. Boleh ambil buat rujukan ja la. Still kena buat sendiri sebab majlis dia dan majlis kita tak sama. I nak share cara I buat gantt chart, checklist and Budget la.

1st I sediakan checklist dulu. Refer juga checklist orang lain. Mana yang tak cukup kita tambah and mana yang tak da kaitan kita eliminate. I prefer buat se detail mungkin sebab kadang-kadang bila dah kelam kabut, I takut ada yang ter miss atau terlepas pandang. I buat pakai Microsoft word. If nanti ada yang terlupa, anytime ingat! Secepat kilat masukkan saja. Kalau yang buat manual (guna pen+kertas) boleh leave extra column.

Move on to Gantt Chart. I list down dulu semua kerja yang patut buat. Masa list down, I refer checklist yang dah buat tu. Contoh kalau dalam checklist ada OP(official Photographer). Then dalam task list I akan tulis Survey and booking OP, survey outdoor venue dan confirm OP. I make sure setiap checklist tu I find out kerja yang perlu I buat. After list out semua kerja, I find out waktu paling sesuai I mesti siapkan task tu and how long it take to finish the task. Then susun ja la dari yang kena buat awal-awal hingga lah yang kena buat saat-saat akhir. Contoh kerja saat akhir adalah hantaran. Tak kan 5 bulan before wedding dah nak siapkan.betol tak? hehe..

Lastly I buat budget, yang ni I prefer buat dalam Microsoft Excel. This part pun kena refer checklist [sebab tu I buat checklist dulu. hehe]. I buat empat bahagian. Estimated, actual, paid to date and left to pay. List down suma yang kena bayar.Yang mana sponsor tu tulis nama orang yang sponsor. Yang tak da orang sponsor tu boleh survey-survey harga. Agak-agak ja nilainya and put in estimated column. Tak perlu nilai paling tinggi. I letak nilai yang I mampu bayar. So nanti kita tahu takat mana kita boleh spend untuk satu-satu barang tu. Kalau lebey sket tak pa. I takut kalau dah letak price yang paling tinggi, kalau still harga lebey daripada estimated, sakit juga nanti nak bayar. Bagusnya pakai excel ni, kita boleh buang kalkulator dalam tong sampah (over!) sebab excel boleh automatik kira (but u must set the formula la). 

Yes I orang yang sistematik.. hahaha. sebenarnya pelupa dan kelam kelibut. hehe..One more, bila ada semua ni I tau la target each month apa yang mesti I siapkan and berapa limit yang I boleh spend. I keep reminding myself "after kahwin banyak lagi duet nak pakai". [insaf lepas over budget for engagement attire + wedding attire] Ok la,nak siap, jap lagi nak gi beli barang-barang. ^.^

kat MPH ada jual buku untuk wedding planner if Im not mistaken. cantek pun cantek. Tapi kena keluar duet sket la..hehe.. I pilih cara murah [kedekut!] =P

psssssssttt kalau nak contoh-contoh planner ka budget ka boleh gi website ni http://exceltemplates.net/category/wedding/  =D


"Dan mereka merancang, ALLAH juga merancang dan ALLAH sebaik-baik perancang" (3:54)

No comments: