Showing posts with label Activity. Show all posts
Showing posts with label Activity. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

1 Ramadhan 1433 H : Misi mencari rumah sewa gagal

Assalamu'alaikum

Selamat beribadat! Actually saya terfikir-fikir nak lakarkan peristiwa ini dalam blog atau biarkan menjadi kenangan sendiri sahaja. Dan keputusannya saya nekad peristiwa ini kekal dalam blog urusan kahwin saya kerana ramai yang menyangka yang manis-manis saja bila nak jadi raja dan ratu sehari. Tapi saya mula sedar ada masamnya di sebalik meniti hari-hari bahagia tu. Perjuangan melangkah ke fasa seterusnya. =) Setiap bakal raja dan ratu sehari akan melalui cerita yang berbeza. Ini kisah saya.

Tanggal 1 Ramadhan, kami (saya dan Mr Mars) merancang untuk mencari tempat berteduh setelah kami bergelar suami isteri nanti. Seawal lebih kurang 8 pagi kami membawa diri dari Alor Setar ke Nibong Tebal. Saya offer diri untuk drive memandangkan bakal suami kepenatan tiba dari Shah Alam pukul 2 pagi hari yang sama. [tapi dia tak tidur pun. risau saya yang tak pro ni bawak sorang-sorang kot =)] Berhenti sekejap di rumah uncle beliau untuk memberi kad jemputan. Bakal suami take over drive hingga ke Nibong Tebal. Kami berpusing-pusing mencari rumah sewa sehingga pukul 4 petang. Dua kali saya terlelap. Keletihan tapi kami keep searching tanpa putus asa. Perasaan kami tika itu hanya ALLAH yang tahu. Saya pandang muka bakal suami. Jelas kepenatan dan keresahan pada wajahnya. Pukul 4 lebih kami decide untuk pulang. Tak mahu taraweeh terlepas begitu saja. Saya pula memandu pulang ke Alor Setar. Kami tiba dalam pukul 6 petang. Saya terlelap sehingga waktu berbuka akibat terlalu letih dan kecewa (tika itu saya kecewa, sekarang saya redha kerana keyakinan saya insyaALLAH 100% pada ALLAH).

Kahwin itu bukan hanya untuk seronok-seronok, bukan juga untuk satu dua hari. Perjalanan 1 Ramadhan ini menjadi titik yang mengalih pemikiran saya hampir 360 darjah. Kini saya sedar, kahwin itu bukan dapat seronok saja. Tapi ada pakej dengan tanggungjawab. Saya perlu perancangan rapi untuk melangkah ke fasa berikutnya ini. Biar perancangan kahwin biasa-biasa saja tapi perancangan kewangan dan kehidupan lepas majlis walimah luar biasa. Tapi perancangan saya masih tertakluk kepada perancangan ALLAH kerana Pencipta lebih mengetahui apa yang terbaek daripada yang dicipta. Saya dengan ini secara rasminya akan buang honeymoon, OV dan candy buffet daripada list kahwin saya (Tapi kalau ada yang nak sponsor saya alu-alukan.haha). Sekian terima kasih. =)

Pssssssttttt kalau tahu ada rumah untuk disewa area Nibong Tebal tolong bagitahu. Prefer sewa yang murah dan sesuai untuk Muslim couple. TQ readers =D

Sunday, July 15, 2012

150712: HIV screening test

Assalamua'alikum

Very long hiatus. Busy with works plus wedding's things. I'm working 24 hours 7 days. So tired. Monday to Friday focus on works while on weekend almost 100% of my time, I spend on wedding prep. Pejam celik pejam celik. I only have about 5 weekends (10 days) before the ceremony. -.-" 

Today, we (my fiance and I) planned to do a HIV screening test. [The HIV screening test can only be done at Government Hospital/KK/KD] We went to KK Bandar Alor Setar (hospital lama) about 8.30 am. Unfortunately, the HIV screening test only available on 2 until 5 pm (Sunday to Wednesday only). We tried going to other KK (Klinik Kesihatan). The nurse told us the same things. So, he sent me home. After solat Zohor, he will fetch me and we will go to nearest KK insyaALLAH.

Rabbi yassir wala tu'assir
Rabbi tammim bilkhoir

Saved this post. 
Will continue writing after going back from KK insyaALLAH

.
.
.
.
.
.

At 2.00 pm, he and his sister fetched me. Then we went to KK Jalan datuk Kumbar. [Tips: Go to KK that have less patients. So, you do not have to waste time waiting for your turn]. We directly went to registration section and fill up forms provided by the KK. [Tips: Bring along pen and file/book because some KK doesn't provide pen and table for you. T.T] Then, we gave back the forms to the registration section and waited for few minutes because they need to fill up the form into their system. Oh ya, we paid RM1/person. After that, the staff asked us to bring the form to lab. The medical laboratory technician pricked our finger and put on a kit (look like pregnancy kit). After 15 minutes, we get the result. We bring back the forms to registration section before meeting the medical assistant. Done! I arrived home around 3 pm.

My result: Alhamdulillah NEGATIVE  =D
Mr Mars's result: NEGATIVE as well =D

For your information, the HIV result valid for 6 months. Don't wait until the last minute to do this simple easy peasy test. It  just takes less than an hour. =)

Wednesday, May 30, 2012

300512: Menuju puncak

Alhamdulillah, dah hampir 2 bulan berhijrah ke Perlis. Kalau sebelum ni every weekend saya jogging dan weekdays sometimes main badminton dengan housemates, sekarang aktiviti bertukar kepada memanjat bukit. Bukit yang menjadi pilihan saya setiap minggu ialah bukit yang berdiri gagah di sebelah dewan 2020 di Perlis. Kalau eager nak tahu bukit apa, sila google sebab saya pun tak tahu apa nama bukit tu. hihi. Ni 1st time saya buat aktiviti panjat memanjat ni. For me, this activity tougher than jogging. But, once we reach the top of the hill, we can see subhanALLAH the beautiful scenery. Hilang penat lelah cungap. Want to share some 'not dslr photos' with my friends here. =D


 Pengembaraan bermula.. yeeeehaaa...


Okay.. dah mula buat RnR sendiri untuk berehat sebentar sambil cungap-cungap..


Nampak tak cahaya itu.? =D


Finally here we are! Kami tiba di puncak!!!


Susah payah berbayar dengan keindahan ciptaan ALLAH. ALLAH ya Khaliq. 


Time up! Tiba masa untuk turun semula. =D

Ni kira persiapan kahwin juga. Preparation untuk cantik di hari lebaran. =P Musim hujan sudah tiba. Aktiviti ini terpaksa dikurangkan. Bahaya naik time hujan. Licin. Tiba-tiba saya rasa gemoks! Kena carik aktiviti indoor la untuk musim hujan ni..heee.

Assalamua'alaikum

Monday, April 16, 2012

140412: Ring to Bangles

Assalamua'alaikum =) 

Lately ni banyak post tarikh kebelakang. Ampun. Masih dalam proses penyesuaian diri. Alhamdulillah [segala pujian milik ALLAH]. Perancangan ALLAH adalah yang terbaek insyaALLAH =) Moga hati ini senantiasa bersangka baik dengan ALLAH kerana sesungguhnya ALLAH adalah sebaik-baik perancang. Alhamdulillah weekend yang lepas tidak dipersia-siakan. Wedding prep belom sampai gear 5 tapi dah gerak dari gear 1 ke gear 3. hehe. Perancangan asal untuk beli cincin untuk majlis batal air sembahyang bertukar menjadi rantai tangan. Plan untuk buat kelainan dengan gantikan cincin dengan jam ditolak mentah-mentah oleh mak abah terchenta, FMIL dan FFIL. haha. Its ok. Although I'm not gold lover, but I'm happy as long as they are all happy. =) Serius tak tau nak pilih barang kemas. Tengok sampai rambang mata then terus grab mana yang harga so so. Not so expensive not so cheaper. Next 2 weeks baru dapat kot. So, stay tune on next next next update. =)


InsyaALLAH tak ada hantaran untuk wedding. Tapi nak beli ni pakai duet hantaran bole kan? =P

Monday, March 19, 2012

190312: Sabtu yang sangat sibuk

Last weekend, FFIL datang KL sebab ada konvensyen and now sambung kursus pula di Sri Petaling. So, he told Mr Mars he want to meet me. Makan-makan katanya. I've given an excuse before. So, no more choice la. Angguk setuju saja walaupun kebetulan hujung minggu tu ada banyak kerja kena settle. My Mr Mars and my FFIL datang jemput around 6 pm. Then, we went to UPM to fetch my FSIL. Pastu gi makan di gerai ayam penyet. Wah 1st time makan ayam penyet. Not bad la. =D Perbualan berkitar pada kerjaya aku yang belom stabil ni plus pasal kahwin as I've been expected. Then, singgah rumah Mak Lang Mr Mars, sembang-sembang sampai 11 pm. Topiknya adalah IT. ya information technology. My FFIL ni lecturer IT, my FSIL pula study IT. Pak Lang dia plak tak sure la kat mana IT nya tapi he is the one who keep asking my FFIL about IT. hoho. Ipad, IPhone, Android, MAC dan blablabla.. okay Im not expert in this topic. haha. Just be a good listener ja la. Suddenly my FFIL baru sedar dah almost 11 pm. So, FFIL cepat-cepat minta izin untuk pulang. They send me home. So tired. Sampai rumah terus terjun atas katil. A very long day.

burung yang hinggap dan tumpang minum air yang bertakung di jendela bilik ku <3

Sunday, March 11, 2012

110312: My Theme

As I've been mentioned before, yesterday I searched fabric for my family attire. Mak requested stripe fabric for women. The three men plus one lil boy in my family will wear the plain fabric. I went to Jakel, Gulatis and ..[satu lagi kedai tak ingat nama apa..boleh tak? huhu] Unfortunately, I didn't attract to any fabric pon. HAMPA. But I already make up my mind I will choose BROWN as my theme again [oh!]. The combination might be yellow or blue. So, last night, I called mak and told her about the unsuccessful mission and luckily mak agree brown will be my theme. Yeay! About the family attire, will looking for it again next week kot. 

mode: TIRED


versus

100312: Kami bukan belon

Masuk hari ini dah tiga minggu berturut-turut Mr Mars and Miss Venus jogging kat tasik titiwangsa. Misi utama kami adalah untuk mengecilkan badan yang tiba-tiba membesar seperti belon. Kami bukan belon!!! =P Jom usha 2 fail kes pasangan yang tidak mahu diri mereka dikenali sebagai pasangan belon ni. Hiks!

1. Encik Mars
Zaman Matrix : 58 kg
Alam Universiti : 80 ++ kg
Terkini : 72.5 kg
Aim : 65 kg

2. Miss Venus
Zaman Matrix : 56 kg
Alam Universiti : 46 kg
Terkini : 51 kg (erk!)
Aim : 44 kg (7 kg lemak manis santan muda wajib dihalau!)

Tutup kes! kita usha gambar-gambar terbaik dari ladang pula. Sambil jogging hirup udara segar! [eh segar ke? =P]




Bila la pulak pokok ni dapat peranan sebagai pemegang air ni.? 
(-,-")

Pssssssssssssstttt doakan kami..! (^,-)

Friday, March 9, 2012

090312: Pengembaraan bermula

Dua minggu menyepi tanpa sebarang update. =) Busy dengan beberapa urusan. Pegi terengganu balek KL kemudian pergi Perlis pula dan alhamdulillah masih bernafas di bandar Kuala Lumpur pagi ini. Actually malas nak start apa-apa berkaitan wedding because tema dan exact date tak ada lagi. To be honest persiapan wedding sekarang masih zero. yilek! Idea-idea tersekat dalam kepala. Belum dicurahkan dalam bentuk 3D. Sekarang dah bulan 3. Wedding bulan Disember InsyaALLAH. Lambat lagi. Tapi baru-baru ni macam ada ura-ura majlis akan diawalkan. huhu. 

So Mr Mars and I decided to start preparing from now! fuuuuuh. Proses booking booking tolak tepi dulu sebab tak da exact date. Tapi proses survey dah pom bermula. Tinggal nak ranking kan saja. For now, maybe we will start on wedding outfits, family attires, design card, thank you tag, signage, guest book and segala deco-deco props. InsyaALLAH tomorrow we will start survey kain untuk family attire dulu. Ikut petua mak, cari baju dulu then dari warna baju tu baru pilih tema. Dulu time tunang pom tema nya lain tapi tukar jadik lain after beli kain baju tunang. After dah ada tema, baru boleh proceed yang lain-lain insyaALLAH. =) 

Rabbi yassir wala tu'assir 
Rabbi tammim bilkhoir
Oh ALLAH make it easy, and do not make it difficult
Oh ALLAH make it end well

Assalamua'alaikum =)

Terengganu getawaaaayyy..!!! 
SubhanALLAH cantek kan ciptaan ALLAH =)

Sunday, February 12, 2012

110212: A day with my sayangssss

0900 : At Sista's house with abah, mak, adik, nephew, niece

1000 : Kuantan to KL with abah, mak, adik.

1345 : Arrive KL + fetch Incik Tunang

1400 : Lunch at Kg Baru 

1500 : Check in hotel 

1630 : IKEA Damansara

1930 : JUSCO Setiawangsa

2100 : Dinner at Keramat

Thanks to my Incik tunang tersayang kerana meluangkan masa bawa my family tersayang jalan-jalan sekitar KL semalam. Really happy dapat spend time bersama mak sayang, abah sayang, adik sayang, tunang sayang semalam. semua saya sayangsssss... ^.^

MoDE: hati berbunga-bunga + running nose + hati meronta mau ikut family balek ASTAQ terchenta (T.T)