Alhamdulillah. Genap 5 bulan bergelar tunang kepada Encik Mohd Syakirin Bin Rusdi. Gambar di atas tu gambar cincin tunang merangkap hadiah termahal yang pernah saya dapat dari beliau. Walaupun saya tak suka pakai aksesori -aksesori / barang-barang kemas dan selalu tinggal cincin ni merata-rata.-.-" Tapi saya sayang sangat cincin yang diimport dari Mars ini =D He is not rich. Berjimat cermat selama 2 bulan untuk hadiahkan cincin bermata satu ini. Really appreciate your effort. Thank you very much dear!
Friday, June 15, 2012
Thursday, June 14, 2012
Wednesday, June 13, 2012
Sunday, June 10, 2012
100612: OP checked
Direct to the point, Alhamdulillah OP dah confirm. Actually OP for nikah, kenduri sebelah perempuan dan kenduri sebelah lelaki ialah my nephew. Anak my cousin. He is 2 year younger than me kalau tak silap. Before ni dia tak confirm because dia final year dan takut time tu dah start keja walaupun I repeatedly told him that my kenduri will be in hari raya. Olang talak keja la olang mau laya. haha. Tapi disebabkan dia tak mau ambil risiko menyebabkan majlis saya tak da gambar. So, dia tak confirm.
Bila dia tak confirm sampai minggu ni, perasaan risau mula menggila dalam diri. Then, I started contacting my friend's OP. Perempuan. Ya saya nak OP perempuan. Unfortunately, she has been booked on that date. T.T Dia bagi contact number kawan dia and dia pesan suruh book cepat-cepat. Disebabkan gelabah yang teramat, saya pun contact dan dapatkan facebook kawan-kawan beliau untuk check hasil kerja masing-masing dengan segera. Gelabah-gelabah pun sempat lagi pikir nak yang terbahek jugak. hehe. As usual, saya tak puas hati faktor harga. =) Ada promotion menarik yang saya jumpa. In case ada B2B yang memang nak beli Ipad boleh la usha promotion ni. Saya dah tanya Rabu lepas dan dia kata on lagi promotion ni.
Saya tak ambik sebab bajet OP saya tak sebanyak tu. Saya hanya nak gambar dalam DVD. Saya spend RM400 untuk OP. No photobook, no printed photo. Only DVD. Untuk cut cost, saya dah beli photobook kat groupon dan tunggu promotion printing photo dekat group-group deal juga. Hari tu dah ada tapi saya tak beli. Tunggu dah ada gambar baru beli. Oh ya my photobook price is RM50. So, total lost rite now RM450. Trying to search OV for solemnization. Tapi bajet saya for OV+OP= RM1K only. Kalau jumpa yang murah saya on. Kalau tak, saya rakam pakai S2 ja la. Boleh tatap sambil senyum sorang-sorang. T.T
Psssssttttt take note ya low budget B2B, buka mata luas-luas cari Photobook dan photo printing deal yang best-best dekat Groupon, Streetdeal, Mydeal dan lain-lain yang sama waktu dengannya. Kalau yang dah kaya bole amik pakej lengkap. Goyang kaki tunggu OP edit photobook dan hantar ready made album pada anda. =D
KATERING
KANOPI
CARD
DOOR GIFT
SIGNAGE
OP
MUA
HB
ATTIRE
LEGAL PROCEDURE
HONEYMOON
Saturday, June 9, 2012
090612: Celik Mata dan Jiwa Seorang Isteri
Alhamdulillah ALLAH memberi kesihatan dan 'afiat untuk saya menonton berulang kali video yang buat mata saya celik tentang perubahan besar yang akan terjadi dalam hidup saya tanggal 23 Ogos 2012 nanti. Daripada cik kepada Puan insyaALLAH. Buat mereka yang online menggunakan wifi yang block you tube, saya dengan besar hati ingin berkongsi point-point penting yang terdapat dalam video ini, untuk dijadikan ingatan pada diri saya sendiri dan semua sahabat saya yang sudi menjadi follower atau terbaca blog yang serba kekurangan ni. =)
Prof Dr Muhaya : Kadang-kadang kita ambil setahun untuk merancang majlis sehari dua hari, mencari baju, make up paling cantik, tetapi tak merancang kehidupan untuk 30 sehingga 40 tahun bersama suami.
Cara-cara menjadi isteri yang celik mata dan jiwa
1. Bersyukur : Seorang wanita perlu bersyukur apabila ada seorang lelaki sudi memperisterikan kita.
2. Tahu tujuan perkahwinan : Sunnah Rasulullah, mendapatkan anak yang soleh untuk pencen kubur (anak yang soleh mendoakan kita apabila kita berada di kubur nanti iaitu tika terputus segala amalan), merasa bahagia dan membahagiakan serta menjadi isteri solehah (meletakkan matlamat ciri-ciri isteri yang kita mahu jadi setiap hari)
Ciri isteri yang solehah
1.Menjadi isteri yang sihat- rupa paras yang cantik, menjaga kesihatan, menjaga pemakananan
2. Bijak berfikir - berfikiran positif
3. Tinggi kerohanian dengan ALLAH - Jaga aurat, solat etc.
4. Jaga hubungan dengan manusia- Terutama dengan mak mertua.
5. Menjaga kewangan- berbelanja pada tempatnya (makanan yang sihat, hadiri seminar dan beli buku. Ingat! Setiap duit yang kita belanjakan akan disoal di akhirat.
Tips Kesihatan Fizikal
Karbohidarat ada 2 jenis:-
1. indeks glikemik tinggi- bila makan, gula dalam darah naik memuncak. Bahaya! Boleh menyebabkan kencing manis.
2. indeks glikemik rendah - bila makan, gula dalam darah lambat naik
Protein : Molekul panjang. Jadi melambatkan rasa lapar.
Air paip perlu di filter! Badan 70% terdiri daripada air. Pastikan air yang masuk dalam badan adalah air yang bersih dan selamat.
Ambil makanan tambahan : Dalam kehidupan kita yang sibuk hari ini, kita perlukan makanan tambahan.
Bersenam bersama suami dan anak-anak.
Tips Kesihatan Mental
1. Buku dan majalah apa yang kita baca? - Baca buku yang memberi solusi, memberi cara, memberi ilmu yang membangunkan diri
2. Channel TV apa yang kita pilih? - kalau hiburan semata-mata tidak membina roh
3. Berapa RM yang kita habiskan untuk membeli buku?
Kita dipengaruhi oleh buku yang kita baca, wayang yang kita tengok, orang yang kita jumpa, berita yang kita lihat dan TV yang kita tonton.
Apabila berjumpa suami/anak-anak/mak mertua/sesiapa sahaja
1. Menghargai
2. Sebut kebaikan mereka
3. Elak kritik
Kena jaga 4 perkara dengan suami:
1. Jaga mata suami - bmesti cantik selalu
2. Jaga hidung suami - elakkan badan berbau, buat dental floss selalu
3. Jaga telinga suami - cakap perkara-perkara yang baik
4. Jaga hati, perasaan dan jiwa suami - elak menyakiti hatinya
Semoga beroleh manfaat.=)
Assalamua'alaikum
Assalamua'alaikum
Subscribe to:
Posts (Atom)


