Monday, September 10, 2012

230812: Finally married!

Alhamdulillah dah bergelar isteri kepada Encik Syakirin. Satu demi satu kerja menyusul sampai tak sempat update apa-apa. Terlambat 2 minggu lebih. hehe. Actually ni pun curi-curi update sementara tunggu hubby pulang daripada register master. I dont have any attention to review anything today. I will start reviewing my wedding tomorrow kot insyaALLAH kalau larat. Actually semalam baru sampai rumah baru, and barang-barang still bersepah-sepah. So hari ini, kena burn fats to clean up, arrange every single mingle things! If you guys cant wait for the next posts, do visit my bestie and sis's blogs to see some pictures on my big day. Thank you so much for all guests who come to my wedding last last Thursay. =D 


Wednesday, July 25, 2012

1 Ramadhan 1433 H : Misi mencari rumah sewa gagal

Assalamu'alaikum

Selamat beribadat! Actually saya terfikir-fikir nak lakarkan peristiwa ini dalam blog atau biarkan menjadi kenangan sendiri sahaja. Dan keputusannya saya nekad peristiwa ini kekal dalam blog urusan kahwin saya kerana ramai yang menyangka yang manis-manis saja bila nak jadi raja dan ratu sehari. Tapi saya mula sedar ada masamnya di sebalik meniti hari-hari bahagia tu. Perjuangan melangkah ke fasa seterusnya. =) Setiap bakal raja dan ratu sehari akan melalui cerita yang berbeza. Ini kisah saya.

Tanggal 1 Ramadhan, kami (saya dan Mr Mars) merancang untuk mencari tempat berteduh setelah kami bergelar suami isteri nanti. Seawal lebih kurang 8 pagi kami membawa diri dari Alor Setar ke Nibong Tebal. Saya offer diri untuk drive memandangkan bakal suami kepenatan tiba dari Shah Alam pukul 2 pagi hari yang sama. [tapi dia tak tidur pun. risau saya yang tak pro ni bawak sorang-sorang kot =)] Berhenti sekejap di rumah uncle beliau untuk memberi kad jemputan. Bakal suami take over drive hingga ke Nibong Tebal. Kami berpusing-pusing mencari rumah sewa sehingga pukul 4 petang. Dua kali saya terlelap. Keletihan tapi kami keep searching tanpa putus asa. Perasaan kami tika itu hanya ALLAH yang tahu. Saya pandang muka bakal suami. Jelas kepenatan dan keresahan pada wajahnya. Pukul 4 lebih kami decide untuk pulang. Tak mahu taraweeh terlepas begitu saja. Saya pula memandu pulang ke Alor Setar. Kami tiba dalam pukul 6 petang. Saya terlelap sehingga waktu berbuka akibat terlalu letih dan kecewa (tika itu saya kecewa, sekarang saya redha kerana keyakinan saya insyaALLAH 100% pada ALLAH).

Kahwin itu bukan hanya untuk seronok-seronok, bukan juga untuk satu dua hari. Perjalanan 1 Ramadhan ini menjadi titik yang mengalih pemikiran saya hampir 360 darjah. Kini saya sedar, kahwin itu bukan dapat seronok saja. Tapi ada pakej dengan tanggungjawab. Saya perlu perancangan rapi untuk melangkah ke fasa berikutnya ini. Biar perancangan kahwin biasa-biasa saja tapi perancangan kewangan dan kehidupan lepas majlis walimah luar biasa. Tapi perancangan saya masih tertakluk kepada perancangan ALLAH kerana Pencipta lebih mengetahui apa yang terbaek daripada yang dicipta. Saya dengan ini secara rasminya akan buang honeymoon, OV dan candy buffet daripada list kahwin saya (Tapi kalau ada yang nak sponsor saya alu-alukan.haha). Sekian terima kasih. =)

Pssssssttttt kalau tahu ada rumah untuk disewa area Nibong Tebal tolong bagitahu. Prefer sewa yang murah dan sesuai untuk Muslim couple. TQ readers =D

Tuesday, July 24, 2012

240712: Photobook promo

Short update!
To those who searching for a photobook
Click picture below to go to the website
=)





Friday, July 20, 2012

200712: The Wedding Card

Last Saturday, Mr Mars send me 300 pieces of our wedding cards. I've already printed 400 pieces by myself. So, total cards are 700 pieces. Millions thanks to my FFIL for sponsoring the cards. Thank you very much. May ALLAH bless you. =) Thinking of buying another photobook for wedding. So, that I can give that to my family to be.

The simple wedding card sponsored by my FFIL

Today, officially, I would like to invite all my friends here, who read my blog to my wedding on 23rd August 2012. =) Jemputlah datang ya..^^