Tuesday, March 12, 2013

080313: Antara cinta dan Air Mata


Syurga adalah tempat yang tiada air mata dan disitu lah tempat lahirnya cinta.

Tujuan ALLAH ciptakan cinta berkait rapat dengan tujuan ALLAH menciptakan manusia.

Apa tujuan ALLAH ciptakan manusia?
1. sebagai hamba ALLAH
2. menjadi khalifah di muka bumi (memakmurkan bumi ALLAH)

Apa tujuan ALLAH ciptakan cinta?
Sebagai 'alat' untuk melaksanakan kedua-dua tujuan hidup di atas.
Utamakan cinta ALLAH melebihi cinta suami isteri.

Jika kayu dan kayu disatukan dengan paku
bata dan bata disatukan dengan simen
Maka, hati dan hati disatukan dengan IMAN

Iman berkadar terus dengan cinta sesama manusia
Kerana ada hadis Nabi SAW yang berbunyi tak kan sempurna iman seandainya kita tidak mencintai saudara kita seperti kita mencintai diri kita sendiri

Law of attraction:
Nak cari sahabat/ pasangan yang baik, kita dahulu mesti menjadi baik.
Jadi seperti lilin yang menyala, yang akan menyalakan lilin lain.
Jangan mencari kebahagiaan dalam rumah tangga tetapi bawa kebahagiaan ke dalam rumah tangga.

ALLAH telah tetapkan jodoh seperti ALLAH tetapkan rezeki tetapi manusia kena mencari/berusaha.

Cara/usaha untuk mendapat pasangan yang baik
1. Jadi baik : Kita buat baik bukan kerana kita baik tetapi usaha kita untuk jadi baik.
2. Ikut pilihan atau cadangan orang yang baik
3. Ikut cara yang baik : Lelaki dan perempuan boleh mulakan dahulu tetapi dengan adab-adab Islamiah. 

Persediaan sebelum berkahwin (3A)
1. Akui : mengakui kelemahan diri sebagai seorang hamba (senantiasa beristighfar dan cari cinta ALLAH terlebih dahulu)
2. Afham (saya faham) : Faham bahawa tanggungjawab akan berpindah daripada ibu bapa kepada suami
3. Aplikasi : Mesti ada skill, teori-teori perkahwinan sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.

Ilmu terbahagi kepada 2 : fardhu ain (untuk menjadi hamba) dan ilmu akademik (untuk memakmurkan alam)
Ilmu itu adalah cahaya manakala cinta itu buta
Maka, ilmu lah yang akan membimbing cinta.

Rumah tangga terbahagi kepada 2 - hak dan tanggungjawab
Utamakan menjalankan tanggungjawab terhadap pasangan bagi memenuhi hak pasangan kerana what you give you will get back. 
Hukum kasih sayang: kena memberi kasih sayang dahulu, baru boleh menerima kasih sayang.
Seandainya suami yang jahat sekalipun memberi arahan yang baik, kita perlu turuti kerana tanggungjawab mendahului hak. 

Cara mengekalkan rumah tangga (SMART)
1. Setia, sayang
2. Manja
3. Adil - jangan letakkan kesangsian melebihi kepercayaan. Dalam mencari pasangan, rasa boleh dipercayai tu adalah syarat yang lebih utama berbanding  rasa cinta.
4. Renew - terima kelemahan pasangan dan upgrade kelebihan/kekuatan pasangan. Ulang buat perkara yang telah dilakukan semasa awal perkahwinan atau create aktiviti yang baru untuk dilakukan bersama-sama.
5. true colors - Pasangan akan rasa lebih dihargai seandainya psangannya berterus terang dan berbincang secara telus.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. =) 

No comments: