Monday, November 25, 2013

251113: Simple DIY - just wrap


BEFORE

 AFTER

Cost: 

2 and a half  wrapping paper 
RM1.5 X 2.5 = RM3.75

Cello-tape
RM0.50

Total Lost
RM3.75+RM0.50 = RM4.25

Very cheap!
Yippie!
Small investment for hubby's working area. 

Saturday, November 23, 2013

231113: Tariq's 4th months

Assalamua'laikum

Berturut-turut post pasal Muhammad Tariq. Daripada dia dalam perut sampai la post hari ni. 11 Novemnber hari tu dia baru genap 4 bulan. So, post Tariq's 5th months kena tunggu next month la. =P Kalau ada something yang I baru teringat, I will update it later on the related post. Dengan harapan, bila Muhammad Tariq besar nanti dia boleh review balek cerita-cerita pasal diri dia ni. hehe. Sorry la. Ummi start sharing benda ni lambat. So banyak memories yang terlupa. Ingat yang main points ja. ;) 


Result for 4 months check up!
Berat : 6.0 kg [berat tak naek tapi peha ummi tengok makin bambam. Peliks]
Panjang : 63 cm [tinggi bertambah 1 cm ]
BMI : 15.1
Lilitan kepala : 41.5 cm

Milestones
Muhammad Tariq dah pandai pusing dari posisi baring ke meniarap dan meniarap ke baring tanpa bantuan. Syabas baby! At first, dia boleh meniarap ke baring dulu. Ummi tengok U try it hard sampai akhirnya boleh. haha.. Sampai ada masa ummi kesian sangat dan tolong pusingkan. But U pusing back and try again and again. Finally U can do it. Sekarang dia keep trying to move pulak. I keep remind him one thing walaupun dia tak faham lagi pun! huhu. Tiada daya upaya melainkan dengan izin ALLAH. So, never give up and keep praying!
Dia pun dah start ketawa. Bila acah-acah dah makin pandai ketawa.
Bercakap pun dah but in his own language. =P
Can hold a toy and play with it for a few seconds.
Showing interest in food. Making people around U rasa bersalah eating in front of U. haha

Love u anak ummi!

Friday, November 22, 2013

221113: Tariq's 3rd months

Assalamua'laikum

Result for 3 months check up!
Berat : 6.0 kg
Panjang : 62 cm
BMI : 16 
Lilitan kepala : 41.5 cm

Milestone:
Muhammad Tariq dah pandai control kepala dia.
He loves seeing himself in the mirror so much.
Keep watching his hand. [dia angkat tangan ke atas dan tengok tangan dia] Maybe baru realize dia ada tangan kot. haha

Love u anak ummi! 

Thursday, November 21, 2013

211113: Tariq 2nd Months

Assalamua'laikum

Kami sepatutnya celebrate 1st anniversary pada 23 Ogos 2013. Masa tu tak habis pantang lagi. Kami pun tengah kelam kabut dengan isu susu susut masa tu (InsyaALLAH I will update about breastfeeding issue later) So, masing-masing memang langsung tak ingat. Dalam otak masa tu fikir anak anak anak. Sampai la 25 Ogos tu, aunty husband wish baru ingat. Nasib baik 2-2 orang lupa. Kalau tak, confirm ada drama pujuk memujuk. :P No celebration this year. Sobs. Next year Muhammad Tariq dah besar. Boleh la kita celebrate bertiga insyaALLAH! ^.^

Result for 2 months check up!
Berat : 5.4 kg
Panjang : 59.5 cm
BMI : 15
Lilitan kepala : 39 cm

Milestone:
Muhammad Tariq baru start senyum masa umur 55 hari (hampir 2 bulan dah la). Before ni senyum dalam tidur ja. Tu pon ummi dan abah happy sangat-sangat dah. hehe. Time ni tak sabar nak tunggu dia laughing plak. :)

Love u anak ummi! 

Wednesday, November 20, 2013

201113: Tariq 1st month

Assalamua'laikum

Hari ni kita biarkan gambar bercerita. Ni semua yang berlaku start 11 Julai 2013 until 10 Ogos 2013. :)




Result for a month check up!
Berat : 4.7 kg
Panjang : 56 cm
BMI : 15
Lilitan kepala : 38.5 cm

He loves water so much. Bath time is his favourite time! :D

Love u anak ummi! 

Tuesday, November 19, 2013

191113: Pantang 40 hari

For me, pantang is the most boring period la. Masa tengah pantang dulu tak sabar-sabar nak merdeka. Hehe. Asyik terbaring and pergerakan pun ada limitation. Yang paling tak best makanan la. =)


Food
Most of the time menu saya nasi putih+ikan goreng+sayur sawi+buah orange :)


Massage
Nak share number tukang urut yang available kat Alor Star. Tapi make sure book awal-awal ya. Tukang urut yang saya ambik nama Cik Nah. Masa mengurut saya tu jadual bulan 8 dia memang full dah. So make sure book awal-awal please. 

1. Cik Nah 017- 4408643
Pro: Tak payah ambik. Dia drive ke rumah kita. ;)
Cons: Cam sakit ja dia urut. Memang tak boleh tidur masa mengurut. Time tungku pun sama. Masa dia tungku belakang badan ja sempat tertidur. hehe. BTW saya seumur hidup tu baru first time berurut. hehe. Tapi sakit time berurut ja. After tu tak sakit pun. :)

2. Kak Umi 017-4040667
Pro: Tak payah ambik. Dia drive ke rumah kita. ;)

3. Mak Teh 017-48231886 (Hp) 04-7644008 (Home)

Set Bersalin
Ubat Perempuan Bersalin warisan Haji Md. Noh Bin Awang. Not recommended untuk yg nak lose weight. Tapi selepas makan memang kita rasa bertenaga dan sihat. Ni cousin yang suggest. Semua adik beradik dia plus anak dia makan ubat bersalin ni.
Set include: Param, ubat makan, boros, barut herba, minyak gamat, ubat lepas pantang, pencuci dan perapat, ubat tambahan khas lepas pantang, kain barut, ubat tambah darah, ubat batuk, ubat sembelit dan minyak belalang hitam.
Price: RM150
Kalau nak boleh contact number ni 017-5963440 (hp) 04-7940095 (home)

Alhamdulillah 40hari tu dah lepas. Yeay! Hurray dorray! hehe. 

Monday, November 18, 2013

181113: Fakta Nombor

Assalamua'alaikum

1 + 1 = ?

Who can guess  the answer? 2? wrong!!!! hehe. Dulu yes correct. But my equation now has been changed to

1 + 1 = 3

Alhamdulillah. Welcome to this dunya my little khalifah.  =)

Nak share fakta nombor berkaitan kelahiran Muhammad Tariq Bin Mohd Syakirin.

EDD (estimate due date) : 120713
Born on 110713/2 Ramadhan 1434H @ 7.01 am
Weight : 3.54 kg
Height : 52 cm
Saiz kepala : 33 cm
Apgr score: 9/10
Cukur rambut : 7 days old
Berat rambut : 0.75 g
Luruh pusat : 12 days old
Bacaan Kuning Tertinggi : 220

Okay bye!

Sunday, November 17, 2013

171113: Idea blackboard as wedding deco (Part 2)





They are some of the blackboard ideas. If you want to DIY it by yourself, you can buy blackboard sticker at Triple S (click here). Happy preparing bride to be! :)

Saturday, November 16, 2013

Friday, November 15, 2013

151113: Travelog bersalin anak sulung

1st Ramadhan 1434H
10 Julai 2013

Lebih kurang 5 pagi
Bangun pagi untuk sahur. I spotted blood and quickly told husband and mak about it. Tak sakit apa-apa pun. So turun jugak makan sahur. hehe.

Lebih kurang 9 pagi
Bersiap dan direct pergi hospital. Dah biasa pergi hospital sebab bleeding 2 kali time pregnant. Ada hikmah la. Dah tahu mana nak tuju. Dr check bukaan. Baru 3 cm. Sebab tak mau warded, dia tulis 2 cm dalam report. Dr bagi balek sebab selalunya 1st time pregnancy bukaan sepenuhnya take longer time. Tapi dia suruh datang balek petang tu. Nak recheck katanya. Tapi kalau start sakit and bleeding makin banyak memang dia pesan suruh datang terus. No need to wait till evening. LOL. I terus bukak puasa takut terberanak nanti tak da tenaga nak push. Sebab tak sakit, hubby bawak gi last minute shopping barang baby. hahaha. Nyempat lagi tu. :) 

Lebih kurang 6 petang
No blood spot anymore and no pain. Plus dengan malas. Decide not going to hospital yet. Tau dah kalau pegi confirm kena seluk lagi. Tak suka dan tak mau pegi :)

11 lebih malam
Started spotting blood balek. Tapi sakit manja-manja gitu ja. Dr Check bukaan dah 4cm. Mula-mula dia bagi balek. Pastu dia datang balek cakap sorry kena ward juga. Dia takut jadi apa-apa. Time dia cakap kena ward tu sebenarnya perut baru ja start rasa sakit. So terus setuju la. ;) Actually I very malas dengan prosedur hospital ni part nak ambik bacaan ECG yang super lama tu. Dah la sakit belakang baring lama-lama statik atas katil tu. Sebab tak tahan sangat I duduk. Nurse perasan and cebik marah sebab graf ECG tak cantek. Siap report Dr lagi. Ada I hairan? hahaha. Tau tak apa Dr jawab? Tak pa la. Kita potong bahagian yang tak cantik tu dan sambung balik ECG tu. Hidup ni kena kreatif! :)  

2nd Ramadhan 1434H
11 Julai 2013

2 lebih Pagi 
Kejut hubby kat bilik menunggu untuk ambik barang dan iring gi ward. Time tu sakit datang berkala. Tapi tak counting pulak sela masa tu. Masa sampai kat ward, nurse tanya siapa rasa sakit sangat. Terus ngaku sebab tengok mommy to be lain cam relax ja. Kena seluk lagi =( Nurse tu cakap dah more than 5cm dah bukaan. hahaha. Terus kena tolak gi labour room. Tukar baju dalam labour room. Di Hospital Sultanah Bahiyah 1 bilik sorang. Sekali lagi kena baring ja. Bila dah tak tahan I terus mengiring. Nasib nurse muda yang jaga. Dia pun serba salah. Dr pantau patients through bacaan ECG tu. Bila mengiring bacaan ECG akan terganggu. Nurse tu try cari posisi bagi dapat bacaan tapi tak bole. Nasib la bila dah selesa I tukar posisi terlentang balik. Pastu baru la bidan yang sambut baby I masuk tanya pasal bacaan ECG tu. Then I duk tahan sakit ja la. Sempat tertido kejap, tengok nurse sahur, dan dengar suara orang bersalin kat bilik lain. =)

7.01 pagi
Alhamdulillah selamat melahirkan baby boy secara normal selepas push 2 round. 1st round failed. hehe. Rasa cam masuk pertandingan pun ada. Bilik tu penuh dengan pasukan sorak bagi semangat. Hubby cakap semua perempuan dalam bilik tu. Alhamdulillah. Lepas tu memang energy level drop to 0%. Nurse buatkan milo. Thanks Misi! Yang tak bestnya. Dorang jahit lambat. Dekat pukul 9 pagi baru jahit. Sakit kot. =( Doktor datang last check before hantar ke ward. Oh ya. Actually masa nak bersalin tu ada kisahnya jugak. Nama dah naik kata bersalin sedangkan I belom bersalin. Hubby terus tanya sebab dia dah isi borang nak masuk tapi tak dipanggil. Rupa-rupanya ada kesilapan teknikal. Hubby siap masuk dalam labour room dah time tu. Kebetulan dia lalu depan bilik saya dan nampak saya memang baru ja nak push time tu. Dia terus masuk and paut pegang tangan I. Alhamdulillah berpeluang juga bersalin ditemani suami tersayang. tragik betol! haip.!

10 pagi
Ditolak ke wad dan dapat jumpa baby balek.Yeay! 3 jam berpisah ngan baby. Sobs.

6 petang lebih 
Selepas dah berjaya pergi toilet sendiri and baby pee and poo, Dr benarkan balek rumah. Hubby uruskan bayaran sebab GL tak bole pakai pasai apa ntah. Kena bayar RM25 ja. Dah nama pun GH mesti la murah. hehe. Then merdeka!!! Bosan kot duduk wad. hahaha. 

Bismillahirrahmanirrahim.. memperkenalkan my little boy yang diberi nama Muhammad Tariq Bin Mohd Syakirin. ;)

Fresh from oven! :)

Thursday, November 14, 2013

1st pregnancy experience

Alhamdulillah pengalaman mengandung nak kata teruk pun tak, nak kata mudah pun tak. In the middle la. Ketinggalan train punya update. So sementara ingat ni, I'm trying to summarize all 9 months+9days pregnancy's experiences in this post. 

1st Trimester

Symptoms:
Fatigue aka cepat letih
Mudah tertidur. Tengok movie pun bole terlelap. Pantang baring.
Cepat lapar. Dapat hubby yang jenis semua kita teringin dia akan try hard untuk beli. Memang berat naek very mendadak la. haha.
Rasa loya tapi sekali pun tak muntah sepanjang mengandung
Hidung sangat-sangat sensitif. Macam ada extra sensor pulak. haha. This time memang tak bole masuk dapur.
Sakit belakang. Bila tido terlentang sakit sangat nak bangun. Sakit belakang ni rasa sampai la bersalin. Nasib ada hubby yang rajin tolong urutkan. >love<

Blood spots a day before scan appointment (9 weeks 3 days). Ada drama air mata. Tapi alhamdulillah baby ok. Dapat Duphaston untuk kuatkan rahim. 

okay bukan kembar! hehe


2nd Trimester

Symptoms:
The best term for me la. Selamat tinggal segala alahan.! [sambil lambai-lambai dengan muka riang]. Cuma cepat panas. Tidur pasang 2 3 kipas time tu sebab belum ada air cond.
Tak boleh skip makan. Kalau tak perut mula berangin.

Blood spots (23 weeks) again. Drama air mata 2nd season. haip baby! You always make me worried la. =P


Nampak tak jantina baby kat situ? =)

3rd Trimester

Symptoms:
Cepat letih. Dah tak bole tawaf shopping complex lama-lama. Banyak masa habes pit stop kat kerusi-kerusi kat shopping complex tu.hehe
Increase urination. Nak tahu public toilet kat mana yang bersih kat mana kotor bole whatsapp ya. haha. 
Cepat panas. Dah la time tu memang musim panas. Alhamdulillah mertua sanggup pasang aircond dalam bilik. Kat umah sendiri pun dapat air cond lama tapi still berfungsi. Alhamdulillah!

Kaki bengkak sikit ja. Tu pun hujung-hujung pregnancy dah. 
Stretch mark dah start menunjukkan diri masing-masing kat bahagian perut -.-"

Berat last masa mengandung 70 plus plus. hamik kau. huhu. Buku pink sangat tebal sebab terpaksa rajin gi buat pemeriksaan. Siapa suruh berat naik mendadak sangat. huhu 

Ni antara memories yang still trepahat kat memory box. this journey make me more more more appreciate my mak and abah. Love u mak! Love u abah! ;)

Wednesday, November 13, 2013

170113: Next step after UPT result is positive

Assalamua'laikum

Alhamdulillah saya positif pregnancy selepas lebih kurang 2 bulan kawen. Ya, saya tak bunting pelamin sebab waktu kahwin tu di luar waktu subur saya. 1st month pun tak ada rezeki lagi. Time tu period lambat 5 hari. Planned nak beli pregnancy test kit after maghrib. Bila nak solat maghrib tu, jeng jeng jeng.

"Danger! Blood detected!"

Waktu tu memang cair habis la ais-ais kat mata ni. T.T Muhasabah diri balik dan perasan ada kurang sesuatu yang sangat penting iaitu DOA. Time tu kami lupa doa mohon dikurniakan cahaya mata. So, after that memang keep praying kami dikurniakan anak. Alhamdulillah ALLAH Yang Maha Mendengar makbulkan. =)

By the way, post ni nak share pengalaman 1st time buat buku pink untuk rujukan orang lain. Saya pun rujuk Miss Google juga masa self pregnancy test positive sebab blur jap apa next step. hehe. Oh ya, saya memilih klinik kerajaan berbanding swasta. Kesemua prosedur mengambil masa lebih kurang 3 jam. Swasta sepatutnya lebih cepat la :)

Below ni kronologinya ya! :)


1. Pergi ke KAUNTER PENDAFTARAN dan beritahu mahu membuat ujian kehamilan. Saya tak bagitahu hamil kononnya sebab nak pastikan betul betul memang hamil. Tapi klinik pun actually akan buat ujian urin jugak. -.-". Biasanya ada bakul kat situ dan kita akan diminta tinggalkan kad pengenalan di situ untuk pendaftaran. Tunggu sehingga nama dipanggil. Untuk pesakit luar, anda akan di caj RM1. 

2.  Kemudian, pergi ke makmal dan tinggalkan kad pesakit luar di dalam bakul yang disediakan. Tunggu sehingga nama dipanggil dan cawan kertas yang berlabel akan diberikan. Sebaiknya tanya medical lab technician tersebut kat mana toilet berhampiran dan kat mana nak hantar sampel urin tersebut. Kat sini saya usha orang-orang yang gilirannya sebelum saya untuk tahu kat mana toilet berhampiran dan di mana nak hantar sampel urin. hehe. Then, pergi ke toilet berdekatan dan ambil midstream urine. Untuk KK Jalan Datuk Kumbar, anda perlu hantar sampel urin ke BILIK M (ada tulis besar-besar depan pintu tau). Then gi tunggu balik depan kaunter makmal tu sampai result keluar.

3. Kalau positif, dia akan proceed suruh kita gi buat buku pink. Tanya dia kat kaunter mana kita boleh buat buku tu. Biasanya di bahagian ibu dan anak. Tinggalkan kad dalam bakul yang disediakan. Nanti nurse akan panggil dan bagi dua buah buku pink suruh isi semua bahagian yang kita tahu. 

4. Hantar balik buku tu kat kaunter. Tunggu lagi sampai nurse panggil untuk isi bahagian-bahagian yang selebihnya. Dalam sesi interview ni apa yang kita perlu tahu adalah HARI PERTAMA PERIOD TERAKHIR. Dari situ dia akan count kandungan dah berapa minggu. Yang lain-lain tu, basic info suami, tarikh nikah (ada tempat yang mintak kad nikah. so to be prepared, bawak ja), alamat terkini (tengok most time kita ada kat mana. sekarang ni dorang adakan personalized care. So kalau stay tempat lain dorg tak bagi buat pemeriksaan kat situ. Dorang mintak buat dekat klinik kesihatan yang berhampiran dengan tempat tinggal. Contoh kalau rumah mak dekat Alor Setar  tapi rumah sendiri kat Nibong Tebal, kita kena buat pemeriksaan kat KK Nibong Tebal walaupun planning nak beranak kat Alor Setar dan every weekend memang balek Alor Setar) 

5. Then dia amik blood pressure. Dua-dua belah tangan lagi. hehe. 

6. Bawak tiub darah dan buku gi bilik phlebotomi. Kalau KK Jalan Datuk Kumbar, bilik tu sebelah bilik M ja. Tinggalkan buku dalam bakul dan tunggu giliran lagi. Selesai ambil darah, hantar tiub darah tu ke makmal (BILIK M). dan tinggal sekali dengan buku pink tu dekat situ. Tunggu lagi sampai result keluar dan bawak buku pink tu gi jumpa misi yang dipertanggung jawabkan untuk jaga kita. Nanti dia akan suruh baring dan check mata, leher, breast dan perut. Then ceritalah semua simptom yang dihadapi. Jangan lupa request untuk buat scan. Nurse tu jugak akan bagitau bila next appointment. 

7. Dapat supplement vitamin C, vitamin B kompleks, Asid folik dan iron untuk dibawak balik dan selesaila sudah 3 jam di klinik kesihatan. :)

Lain Klinik kesihatan mungkin lain prosedurnya tapi stepnya lebih kurang rasanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat.!

Pssssssssssttttt post ni dah lama taip tapi tak publish. [ce tegok tarikh. haha] Anak second nanti bole review balik post ni. hehe.. Bye! :P

Tuesday, November 12, 2013

121113: Come back!

Assalamua'alaikum


Rasa dah lama sangat tak menulis kat sini. Rasa macam nak buat come back bole? hehe.Rindu sangat nak menulis blog. Check review kawen. Banyak lagi berhutang. Dah setahun lebih dah. So, banyak yang dah tak berapa ingat. Folder kawen pun dah delete rasa nya sebab banyak kali sangat format incik lappy yang dah berumur ni. huhu. So decide akan keep updating pasal life Mr Mars and Mrs Venus sekarang ja dulu insyaALLAH. Review kawen akan buat bila mood #throwback datang. =)




shuhhhhh2 malas... =)