Monday, September 10, 2012

230812: Finally married!

Alhamdulillah dah bergelar isteri kepada Encik Syakirin. Satu demi satu kerja menyusul sampai tak sempat update apa-apa. Terlambat 2 minggu lebih. hehe. Actually ni pun curi-curi update sementara tunggu hubby pulang daripada register master. I dont have any attention to review anything today. I will start reviewing my wedding tomorrow kot insyaALLAH kalau larat. Actually semalam baru sampai rumah baru, and barang-barang still bersepah-sepah. So hari ini, kena burn fats to clean up, arrange every single mingle things! If you guys cant wait for the next posts, do visit my bestie and sis's blogs to see some pictures on my big day. Thank you so much for all guests who come to my wedding last last Thursay. =D 


Wednesday, July 25, 2012

1 Ramadhan 1433 H : Misi mencari rumah sewa gagal

Assalamu'alaikum

Selamat beribadat! Actually saya terfikir-fikir nak lakarkan peristiwa ini dalam blog atau biarkan menjadi kenangan sendiri sahaja. Dan keputusannya saya nekad peristiwa ini kekal dalam blog urusan kahwin saya kerana ramai yang menyangka yang manis-manis saja bila nak jadi raja dan ratu sehari. Tapi saya mula sedar ada masamnya di sebalik meniti hari-hari bahagia tu. Perjuangan melangkah ke fasa seterusnya. =) Setiap bakal raja dan ratu sehari akan melalui cerita yang berbeza. Ini kisah saya.

Tanggal 1 Ramadhan, kami (saya dan Mr Mars) merancang untuk mencari tempat berteduh setelah kami bergelar suami isteri nanti. Seawal lebih kurang 8 pagi kami membawa diri dari Alor Setar ke Nibong Tebal. Saya offer diri untuk drive memandangkan bakal suami kepenatan tiba dari Shah Alam pukul 2 pagi hari yang sama. [tapi dia tak tidur pun. risau saya yang tak pro ni bawak sorang-sorang kot =)] Berhenti sekejap di rumah uncle beliau untuk memberi kad jemputan. Bakal suami take over drive hingga ke Nibong Tebal. Kami berpusing-pusing mencari rumah sewa sehingga pukul 4 petang. Dua kali saya terlelap. Keletihan tapi kami keep searching tanpa putus asa. Perasaan kami tika itu hanya ALLAH yang tahu. Saya pandang muka bakal suami. Jelas kepenatan dan keresahan pada wajahnya. Pukul 4 lebih kami decide untuk pulang. Tak mahu taraweeh terlepas begitu saja. Saya pula memandu pulang ke Alor Setar. Kami tiba dalam pukul 6 petang. Saya terlelap sehingga waktu berbuka akibat terlalu letih dan kecewa (tika itu saya kecewa, sekarang saya redha kerana keyakinan saya insyaALLAH 100% pada ALLAH).

Kahwin itu bukan hanya untuk seronok-seronok, bukan juga untuk satu dua hari. Perjalanan 1 Ramadhan ini menjadi titik yang mengalih pemikiran saya hampir 360 darjah. Kini saya sedar, kahwin itu bukan dapat seronok saja. Tapi ada pakej dengan tanggungjawab. Saya perlu perancangan rapi untuk melangkah ke fasa berikutnya ini. Biar perancangan kahwin biasa-biasa saja tapi perancangan kewangan dan kehidupan lepas majlis walimah luar biasa. Tapi perancangan saya masih tertakluk kepada perancangan ALLAH kerana Pencipta lebih mengetahui apa yang terbaek daripada yang dicipta. Saya dengan ini secara rasminya akan buang honeymoon, OV dan candy buffet daripada list kahwin saya (Tapi kalau ada yang nak sponsor saya alu-alukan.haha). Sekian terima kasih. =)

Pssssssttttt kalau tahu ada rumah untuk disewa area Nibong Tebal tolong bagitahu. Prefer sewa yang murah dan sesuai untuk Muslim couple. TQ readers =D

Tuesday, July 24, 2012

240712: Photobook promo

Short update!
To those who searching for a photobook
Click picture below to go to the website
=)





Friday, July 20, 2012

200712: The Wedding Card

Last Saturday, Mr Mars send me 300 pieces of our wedding cards. I've already printed 400 pieces by myself. So, total cards are 700 pieces. Millions thanks to my FFIL for sponsoring the cards. Thank you very much. May ALLAH bless you. =) Thinking of buying another photobook for wedding. So, that I can give that to my family to be.

The simple wedding card sponsored by my FFIL

Today, officially, I would like to invite all my friends here, who read my blog to my wedding on 23rd August 2012. =) Jemputlah datang ya..^^



Thursday, July 19, 2012

Wednesday, July 18, 2012

Creative by Lynda promo

Attention please!

Creative by Lynda is making a special promotion right now!!
Grab it quickly!!


This beautiful and unique DIY invitation card only cost you RM1.50 per pc
O_O
Berbaloi baloi

Interested?
or contact them creativebylynda[at]gmail.com

Oh ya! Creative by Lynda also wanna give you 

500 pieces white paperbag favors (decoration only)
10 pieces of VIP favors
1pcs of exclusive guestbook with frame
A handbouquet
FOR FREE!!!

But you must help them spread the words la
To know how?

180712: Familys outfit [wordless Wednesday]


Tuesday, July 17, 2012

170712: VIP doorgift in progress

I have posted about the rejected VIP doorgift here. Alhamdulillah. ALLAH give me an idea to DIY one of the rejected ideas. Quite challenging to DIY. Need lots of sod ba ro. InsyaALLAH it will turn out same as I dream (I hope). About 197 'things' ready for DIY session. Pray for me yah! 

The 'things'
Guess what it is? haha.. 
I think most of you guess it correctly. 
=D

Monday, July 16, 2012

160712: The engagement's photobook

Actually, I have made 5 auto posts for this week. So many things to share here but I dont want all the post out on the same day and time. Alhamdulillah today (I write this post on 150712), we have been engaged for six months. As I mentioned before, I just redeemed the engagement's photobook last few weeks. Alhamdulillah I have received the book last Wednesday. Unhappy with some unclear photos. I know this is not Pixajoy's fault. The photos already blur and I forgot to edit them to make them sharp. Furthermore, my best friend cannot send me photos from her Dslr before she fly back to Aussie and the doctor to be is so busy all the time. hehe. So i have limited choice. Plus so many tragedy happened (laptop getting old, hang this and that).  By the way, I still like the result. Not only me, my mom keep khatam this photobook over and over again. hehe. Wanna share some of the hasil tangan here. ^^

 The cover

 First page : The handmade invitation card

The memorable moment

Mr Mars & Miss Venus

My lovely pinky girlfriends

Total Lost for photobook: RM78
OP of the day: Shazwani Shufni, Khadijah Ismail & Pak Long my fiance (free of charge)
Photobook editor: Miss Venus (I, me and myself sdn bhd)

Cant wait to edit the wedding photobook. haha. =D

Sunday, July 15, 2012

150712: HIV screening test

Assalamua'alikum

Very long hiatus. Busy with works plus wedding's things. I'm working 24 hours 7 days. So tired. Monday to Friday focus on works while on weekend almost 100% of my time, I spend on wedding prep. Pejam celik pejam celik. I only have about 5 weekends (10 days) before the ceremony. -.-" 

Today, we (my fiance and I) planned to do a HIV screening test. [The HIV screening test can only be done at Government Hospital/KK/KD] We went to KK Bandar Alor Setar (hospital lama) about 8.30 am. Unfortunately, the HIV screening test only available on 2 until 5 pm (Sunday to Wednesday only). We tried going to other KK (Klinik Kesihatan). The nurse told us the same things. So, he sent me home. After solat Zohor, he will fetch me and we will go to nearest KK insyaALLAH.

Rabbi yassir wala tu'assir
Rabbi tammim bilkhoir

Saved this post. 
Will continue writing after going back from KK insyaALLAH

.
.
.
.
.
.

At 2.00 pm, he and his sister fetched me. Then we went to KK Jalan datuk Kumbar. [Tips: Go to KK that have less patients. So, you do not have to waste time waiting for your turn]. We directly went to registration section and fill up forms provided by the KK. [Tips: Bring along pen and file/book because some KK doesn't provide pen and table for you. T.T] Then, we gave back the forms to the registration section and waited for few minutes because they need to fill up the form into their system. Oh ya, we paid RM1/person. After that, the staff asked us to bring the form to lab. The medical laboratory technician pricked our finger and put on a kit (look like pregnancy kit). After 15 minutes, we get the result. We bring back the forms to registration section before meeting the medical assistant. Done! I arrived home around 3 pm.

My result: Alhamdulillah NEGATIVE  =D
Mr Mars's result: NEGATIVE as well =D

For your information, the HIV result valid for 6 months. Don't wait until the last minute to do this simple easy peasy test. It  just takes less than an hour. =)

Giveaway by shareyourlovewithcards

Short update. I just want to announce here that Sazalina Zakaria is making the second giveaway, special for her lovely followers. Below is the present.


 O_O  Emmm.. What do you think? Very attractive right? ^^ So, what are you waiting for? Lets join the giveaway. Click here if you want to participate yah! Good luck everyone!

Wednesday, July 4, 2012

040712: Alhamdulillah

Alhamdulillah. Segala pujian hanya milik ALLAH semata-mata. =)

Yang pertama atas upaya yang ALLAH kurniakan untuk menyiapkan photobook pertunangan yang saya buat berulang kali disebabkan laptop yang akhir-akhir ni kerap sakit. =) Selamat dihantar semalam walaupun hasilnya kurang memuaskan berbanding hasil kerja pertama saya yang telah hilang sekelip mata apabila laptop di format.. Due date nya 11 Julai. Alhamdulillah voucher tak burn! =) InsyaALLAH photobook engagement tersebut akan menghiasi meja guestbook untuk ditatapi oleh para tetamu yang tak mempunyai kesempatan menyertai majlis pertunangan saya pada 15 Januari yang lalu. =)

Yang kedua atas rezeki ALLAH, saya berjaya menjadi salah seorang daripada 50 pemenang T-shirt bride and groom. Ya 50 orang. hehe. Sebab tu berjaya. =P Ini lah the first and only wedding contest yang saya menang setakat ni. Sadis tak? haha. Thanks to Rayyanart (the organizer). Saya dalam perancangan nak antar pillow case untuk di printing oleh pihak Rayyanart. Dah tanya harga. Quite reasonable. Tapi pillow case nya pun belom ada. InsyaALLAH akan digunakan untuk deco bilik pengantin yang simple teramat-amat tu. =D

cantek kan? taken from marthastewart.com

Psssssttttt pejam celik pejam celik rasa dekat sangat dengan majlis. Tapi banyak pending lagi. T.T

Friday, June 15, 2012

150612: Genap 5 Bulan


Alhamdulillah. Genap 5 bulan bergelar tunang kepada Encik Mohd Syakirin Bin Rusdi. Gambar di atas tu gambar cincin tunang merangkap hadiah termahal yang pernah saya dapat dari beliau. Walaupun saya tak suka pakai aksesori -aksesori / barang-barang kemas dan selalu tinggal cincin ni merata-rata.-.-" Tapi saya sayang sangat cincin yang diimport dari Mars ini =D He is not rich. Berjimat cermat selama 2 bulan untuk hadiahkan cincin bermata satu ini. Really appreciate your effort. Thank you very much dear! 

Sunday, June 10, 2012

100612: OP checked

Direct to the point, Alhamdulillah OP dah confirm. Actually OP for nikah, kenduri sebelah perempuan dan kenduri sebelah lelaki ialah my nephew. Anak my cousin. He is 2 year younger than me kalau tak silap. Before ni dia tak confirm because dia final year dan takut time tu dah start keja walaupun I repeatedly told him that my kenduri will be in hari raya. Olang talak keja la olang mau laya. haha. Tapi disebabkan dia tak mau ambil risiko menyebabkan majlis saya tak da gambar. So, dia tak confirm. 

Bila dia tak confirm sampai minggu ni, perasaan risau mula menggila dalam diri. Then, I started contacting my friend's OP. Perempuan. Ya saya nak OP perempuan. Unfortunately, she has been booked on that date. T.T Dia bagi contact number kawan dia and dia pesan suruh book cepat-cepat. Disebabkan gelabah yang teramat, saya pun contact dan dapatkan facebook kawan-kawan beliau untuk check hasil kerja masing-masing dengan segera. Gelabah-gelabah pun sempat lagi pikir nak yang terbahek jugak. hehe. As usual, saya tak puas hati faktor harga. =) Ada promotion menarik yang saya jumpa. In case ada B2B yang memang nak beli Ipad boleh la usha promotion ni. Saya dah tanya Rabu lepas dan dia kata on lagi promotion ni.


Saya tak ambik sebab bajet OP saya tak sebanyak tu. Saya hanya nak gambar dalam DVD. Saya spend RM400 untuk OP. No photobook, no printed photo. Only DVD. Untuk cut cost, saya dah beli photobook kat groupon dan tunggu promotion printing photo dekat group-group deal juga. Hari tu dah ada tapi saya tak beli. Tunggu dah ada gambar baru beli. Oh ya my photobook price is RM50. So, total lost rite now RM450. Trying to search OV for solemnization. Tapi bajet saya for OV+OP= RM1K only. Kalau jumpa yang murah saya on. Kalau tak, saya rakam pakai S2 ja la. Boleh tatap sambil senyum sorang-sorang.  T.T

Psssssttttt take note ya low budget B2B, buka mata luas-luas cari Photobook dan photo printing deal yang best-best dekat Groupon, Streetdeal, Mydeal dan lain-lain yang sama waktu dengannya. Kalau yang dah kaya bole amik pakej lengkap. Goyang kaki tunggu OP edit photobook dan hantar ready made album pada anda. =D


KATERING
KANOPI
CARD
DOOR GIFT
SIGNAGE
OP
MUA
HB
ATTIRE
LEGAL PROCEDURE
HONEYMOON

Saturday, June 9, 2012

090612: Celik Mata dan Jiwa Seorang Isteri


Alhamdulillah ALLAH memberi kesihatan dan 'afiat untuk saya menonton berulang kali video yang buat mata saya celik tentang perubahan besar yang akan terjadi dalam hidup saya tanggal 23 Ogos 2012 nanti. Daripada cik kepada Puan insyaALLAH. Buat mereka yang online menggunakan wifi yang block you tube, saya dengan besar hati ingin berkongsi point-point penting yang terdapat dalam video ini, untuk dijadikan ingatan pada diri saya sendiri dan semua sahabat saya yang sudi menjadi follower atau terbaca blog yang serba kekurangan ni. =)

Prof Dr Muhaya : Kadang-kadang kita ambil setahun untuk merancang majlis sehari dua hari, mencari baju, make up paling cantik, tetapi tak merancang kehidupan untuk 30 sehingga 40 tahun bersama suami.

Cara-cara menjadi isteri yang celik mata dan jiwa
1. Bersyukur : Seorang wanita perlu bersyukur apabila ada seorang lelaki sudi memperisterikan kita.
2. Tahu tujuan perkahwinan : Sunnah Rasulullah, mendapatkan anak yang soleh untuk pencen kubur (anak yang soleh mendoakan kita apabila kita berada di kubur nanti iaitu tika terputus segala amalan), merasa bahagia dan membahagiakan serta menjadi isteri solehah (meletakkan matlamat ciri-ciri isteri yang kita mahu jadi setiap hari)

Ciri isteri yang solehah
1.Menjadi isteri yang sihat- rupa paras yang cantik, menjaga kesihatan, menjaga pemakananan
2. Bijak berfikir - berfikiran positif
3. Tinggi kerohanian dengan ALLAH - Jaga aurat, solat etc.
4. Jaga hubungan dengan manusia- Terutama dengan mak mertua.
5. Menjaga kewangan- berbelanja pada tempatnya (makanan yang sihat, hadiri seminar dan beli buku. Ingat! Setiap duit yang kita belanjakan akan disoal di akhirat.

Tips Kesihatan Fizikal
Karbohidarat ada 2 jenis:-
1. indeks glikemik tinggi- bila makan, gula dalam darah naik memuncak. Bahaya! Boleh menyebabkan kencing manis.
2. indeks glikemik rendah - bila makan, gula dalam darah lambat naik
Protein : Molekul panjang. Jadi melambatkan rasa lapar. 
Air paip perlu di filter! Badan 70% terdiri daripada air. Pastikan air yang masuk dalam badan adalah air yang bersih dan selamat.
Ambil makanan tambahan : Dalam kehidupan kita yang sibuk hari ini, kita perlukan makanan tambahan.
Bersenam bersama suami dan anak-anak.

Tips Kesihatan Mental
1. Buku dan majalah apa yang kita baca? - Baca buku yang memberi solusi, memberi cara, memberi ilmu yang membangunkan diri
2. Channel TV apa yang kita pilih? - kalau hiburan semata-mata tidak membina roh
3. Berapa RM yang kita habiskan untuk membeli buku?
Kita dipengaruhi oleh buku yang kita baca, wayang yang kita tengok, orang yang kita jumpa, berita yang kita lihat dan TV yang kita tonton.

Apabila berjumpa suami/anak-anak/mak mertua/sesiapa sahaja
1. Menghargai
2. Sebut kebaikan mereka
3. Elak kritik

Kena jaga 4 perkara dengan suami:
1. Jaga mata suami - bmesti cantik selalu
2. Jaga hidung suami - elakkan badan berbau, buat dental floss selalu
3. Jaga telinga suami - cakap perkara-perkara yang baik
4. Jaga hati, perasaan dan jiwa suami - elak menyakiti hatinya

Semoga beroleh manfaat.=)
Assalamua'alaikum

Friday, June 8, 2012

080612: Task for Adik

Anyone remember the guestbook ideas I have shared in this blog long long ago? Those who are forget can open the three posts by clicking here, here and here. At first, I planned to make cards (idea number 2) or the tree (idea number 7). However, I find out polaroid (idea number 6) is quite interesting after seeing the polaroid guestbooks (idea number 1 + idea number 6) accidentally in internet. The spirit to have a polaroid guestbook on my wedding increase when I went to my friend's wedding last weekend. I persuaded my only younger sister to help me capture guest's picture and put it in the book. In other word, I want her to take care of the guestbook booth. She rejected my request every time I persuaded her to do so. Huh. -.-" I started feeling that the idea will not happen until last Monday, she suddenly offered to make the whole guestbook booth decorations including the guestbook. Yeay! 

Em, before I delete all the card as guestbook decoration ideas, I wanna share them with my friends here. =D I love all the ideas. But reading the notes only can make me bore easily. The photos and  guests' action insyaALLAH can keep me fresh til the last note. Haha.





This one from Martha Stewart website. Other pictures above are from weddingchick.com. 

Assalamua'alaikum! =D

Thursday, June 7, 2012

070612: Floor plan solemnization

As I mentioned before, there will be no pelamin on my wedding. However, after calculating my period here, I discussed about it with mak. As we do not want to take any risk, then we decided to change the solemnization venue from masjid to our home sweet home. So, we will have a minimalist and simplest pelamin insyaALLAH. I have already studied and googled the floor plan for this event. I wanna share some of the floor plans here. I hope it can be a reference to bride to be who will have the solemnization event at their house as well. =D 

 Floor plan 1




Floor plan 2



Floor plan 3


I love all three floor plans because the photographer capable to capture the bride and bridegroom in a single shot. Oh ya! I have linked all photos here to the owners' website. Actually the floor maps above are only can be used as a guidance. We need to modify it according to our home spacious, interior design and so on. Emmm...Floor plan for my solemnization will be revealed insyaALLAH after the noble ceremony on 23rd August ya =D Assalamua'alaikum

Friday, June 1, 2012

010612: Idea yang direject

As I mentioned before, VIP doorgifts haven't decide yet. Actually, I came out with so many ideas but have been rejected because of some issues. Sobs sobs sedih. So, I would like to share the rejected idea here. Maybe the ideas can be used by other B2Bs. =)

1. Personalized brown paper

Tak jumpa yang boleh buat untuk small amount. =(

2. Delicious cake in jar

Too expensive. It cost about RM7 per jar. I'm low budget B2B.=(

3. DIY brown paper bag 

Inspired from a magazine titled Inspirasi Perkahwinan. Kalau sampai last tak jumpa beg untuk VIP saya akan buat jugak yang ni. Berkenan sangat2 dah ni. Hehe

4. Biscuit

Ni idea mak. Dah la kenduri time raya. Nak bagi kueh raya macam tak best jak. =(

Baru 3 idea kena reject (tak termasuk 1 idea mak yang I reject =P) dah down to the earth. hahaha. Down la sangat.hahaha. Mak dah decide nak cari beg yang cantek-cantek dan lain dari yang lain (kena buat sendiri la kalau nak lain dari yang lain.hehe). So we will keep surveying. Banyak lagi masa. Heee.

Till then, Assalamua'alaikum

Wednesday, May 30, 2012

300512: Menuju puncak

Alhamdulillah, dah hampir 2 bulan berhijrah ke Perlis. Kalau sebelum ni every weekend saya jogging dan weekdays sometimes main badminton dengan housemates, sekarang aktiviti bertukar kepada memanjat bukit. Bukit yang menjadi pilihan saya setiap minggu ialah bukit yang berdiri gagah di sebelah dewan 2020 di Perlis. Kalau eager nak tahu bukit apa, sila google sebab saya pun tak tahu apa nama bukit tu. hihi. Ni 1st time saya buat aktiviti panjat memanjat ni. For me, this activity tougher than jogging. But, once we reach the top of the hill, we can see subhanALLAH the beautiful scenery. Hilang penat lelah cungap. Want to share some 'not dslr photos' with my friends here. =D


 Pengembaraan bermula.. yeeeehaaa...


Okay.. dah mula buat RnR sendiri untuk berehat sebentar sambil cungap-cungap..


Nampak tak cahaya itu.? =D


Finally here we are! Kami tiba di puncak!!!


Susah payah berbayar dengan keindahan ciptaan ALLAH. ALLAH ya Khaliq. 


Time up! Tiba masa untuk turun semula. =D

Ni kira persiapan kahwin juga. Preparation untuk cantik di hari lebaran. =P Musim hujan sudah tiba. Aktiviti ini terpaksa dikurangkan. Bahaya naik time hujan. Licin. Tiba-tiba saya rasa gemoks! Kena carik aktiviti indoor la untuk musim hujan ni..heee.

Assalamua'alaikum

Tuesday, May 29, 2012

290512: Sticker yang ditaja


Ni la aktiviti yang dilakukan semalaman semalam. Alhamdulillah dah settle gunting secara manual sticker 'Terima kasih' yang disponsor oleh kawan mak ini. Sejuta penghargaan untuk pemberian sticker sebanyak 800 ++ ini. Dont know yet kat mana nak tampal. Kemungkinan besar dekat doorgift. Actually net dan ribbon untuk doorgift dah settle. Tunggu dekat-dekat majlis baru boleh bungkus itu epal.Ya saya bagi epal untuk 900 tetamu yang hadir. Selebihnya akan dapat doorgift kenduri my sisters yang lebih-lebih yang tak habis tu. Kenapa epal? Sebab tema saya alam sekitar. hahaha. Sekarang tengah pening doorgift untuk VIP who are team marhaban dan rombongan pengantin lelaki. Saya nak DIY brown paper bag [dapat ilham dari sebuah magazine] tapi mak ada terberkenan dengan bag sedia hias kat kedai barang kawen. Hari tu tengok tak da warna yang masuk tema. Mak kata nak tunggu lagi. So tunggu la. Kalau tak da, I will proceed dengan idea DIY tersebut. =D Bahagian doorgift tak boleh tick lagi sebab ada 100 doorgift VIP yang masih menjadi tanda tanya. -.-"

Thursday, May 24, 2012

240512: My Card

Tadaaaaaaaaa....
sorry gambar gelap gelita =(

Simpan dalam tupperware. Akhir bulan 6 nanti baru mula distribute insyaALLAH. Kad saya tak da sampul. Ni 1st version. 2nd edition punya ada tulis "kepada" kat muka surat depan yang ada wedding date [230812]  tu selepas dicadangkan oleh Mr Mars saya. Bajet, jenis kertas dan lain-lain yang berkaitan kad hasil titik peluh sendiri 100% ni akan saya review insyaALLAH after wedding nanti. Checked!


KATERING
KANOPI
CARD
DOOR GIFT
SIGNAGE
OP
MUA
HB
ATTIRE
LEGAL PROCEDURE
HONEYMOON

Wednesday, May 23, 2012

230512: Theme

Anyone yang baca post before ni pasal color tema saya tu? Actually warna tema dah tukar dah. From cream + gold + brown to cream + brown + green+ SIMPLE. hehe. Tema alam sekitar ya di Venus nanti. =P Di Mars maybe blue + grey. But I'm not sure la. Before this, Mr Mars told me that colors combination. However, lately he said no theme because no budget. Actually budget saya pun rendah saja. But still ada tema. For me yang penting kena kreatif ja. Pemikiran orang Venus dan Mars different. Dan saya berlapang dada dengan perbezaan pendapat tersebut. =)

Theme for my side. Plus simple!

Actually saya langsung tak nak dan tak kan masuk campur anything yang berkaitan walimah di Mars nanti. Let his family decide everything including our attire. Make up untuk diri sendiri saja yang saya uruskan. Sebabnya saya tak mau serabut kepala sendiri plus tunang saya itu anak sulung dan cucu pertama yang akan berkahwin. So bagi la chance ibu dan adik-adik dia rasa planning majlis sendiri kan. =) 

Okay la esok nak reveal kad yang teramat simple dengan kos yang teramat minima itu. Till then. Assalamua'laikum. 

Tuesday, May 22, 2012

220512 : Be positive!

Assalamua'laikum

Today, I would like to introduce the popular positive thinker and speaker in Malaysia, Prof Dr Muhaya [Click her name and please like her page if you want to be like her]. I love and admire her so much. So many useful knowledge and tips came out from her mouth when she giving a talk. To be honest, I am trying hard right now to be as positive as I can. Please pray for me yah.=) Oh ya as always, I want to share something from her page here. 


"Senyum suatu sunnah dan akan menghasilkan hormon endorphins bila kita senyum. Hanya manusia boleh senyum dan haiwan tidak dapat senyum. Jangan fikir apa orang kata. Walau orang tak senyum balik kita dah dapat pahala sunnah. Senyum yang benar benar niat sunnah akan diterima dengan baik insyaALLAH. Nabi Muhammad SAW tidak akan berkata kata sebelum baginda senyum dulu. Jom jadikan senyum suatu amalan dan tabiat. Ajar anak-anak senyum bila bangun pagi. Sesiapa yang masam dan kata moody bila bangun, bayangkan bagaimana hari yang dimulakan dengan muka masam. Ubah tabiat ubah kehidupan." (Prof Dr Muhaya)

Assalamua'laikum

Monday, May 21, 2012

210512: Info should be in the card

Assalamua'alaikum =)

Printer mengamuk
Laptop merajuk

Alhamdulillah dah settle pujuk Mr Printer, dan Miss Compaq. So kad dah progress. I dah print about 200 pieces last Saturday. Another 200 pieces has been printed yesterday. Kad saya teramat la simple. Hanya info-info penting saja dimasukkan. So, nak share isi wajib ada dalam kad kahwin.

1. Nama Parents
Reason: My guests mostly are mak's friends, abah's friends, relatives and also neighbors. Bukan semua tetamu tu kenal siapa kita. So, tak da la tetamu tertanya-tanya, eh ni kenduri siapa ntah. =)

2. Nama Pengantin
Reason: Tujuan walimah tu sendiri untuk menghebahkan perkahwinan. So, tercapai lah tujuan walimah hatta pada mereka yang tak dapat menghadirkan diri sekalipun. setuju? 

3. Tarikh 
Reason: Takda tarikh orang tak mai la majlis kenduri.Adoi.

4. Tempat
Reason: Supaya tetamu tak hilang arah tujuan. =P

5. Masa
Reason: Jadikan majlis lebih teratur. Tak da la tetamu nak datang awal or lewat sangat. Susah juga kalau tetamu dah datang tapi makanan tak ready lagi. yes or yes?

6. Nombor untuk dihubungi
Reason: Kalau sesat contohnya, guests boleh contact untuk pastikan berada pada jalan yang benarrr...

7. Peta
Reason: Memudahkan guests yang tak pernah datang rumah.

Reason: Support map. Some people come alone. So it ease them. Payah jugak nak usha map sambil drive. Much more comfy, bila ada mesin tolong sebutkan 'Turn left Turn right Go straight" =P

Dalam kad saya tak ada doa pengantin or nama ALLAH. Sebabnya, kad ni selalunya orang buang. So, saya decide doa untuk pengantin akan saya letak di tempat lain. Di mana? InsyaALLAH bila dah siap nanti saya announce.

mula-mula ingat nak reveal kad sendiri.. tapi tunggu la next post baru reveal.. heee... by the way.. kad ni cantek kan? jumpa kad ni dekat weddingchicks =)

Saturday, May 12, 2012

120512: Tutorial to get GPS coordinate

Assalamua'alaikum.

Today saya nak kongsi cara untuk dapatkan kod GPS. Okay I learnt this from one of the B2B 2012 group's member. Ini lah pentingnya join group. Boleh gain knowledge, share idea dan bla bla bla. Kena buat satu entry khas la kalau nak cerita pasal kebaikan ada group ni. haha. By the way thanks to Dhiera and Mieza. If Im not mistaken, they are the pioneers of this group. [clap, clap, clap] Tolong jangan saman saya yah kalau tersalah fakta pasal group B2B 2012 ni. Do correct me if Im wrong okay. =P Back to the topic [selalu melalut], tutorial untuk mendapatkan kod GPS adalah seperti berikut. Hehe.

1. Buka Google map [klik ja. Saya sudah buat pautan ke google map]

2. Bahagian search tu, taip tempat yang anda mahukan.Then, click search [yang ada tanda kanta tu].

3. Dekat map tu cari kawasan yang kita nak dan right click kat situ. Pastu pilih "What's here?". Then, You will get the coordinate yang akan memunculkan dirinya pada bahagian search tadi..

4. Kalau nak convert ke degree minute and seconds, boleh guna website ni http://transition.fcc.gov/mb/audio/bickel/DDDMMSS-decimal.html

Selamat maju jaya
[lama tak jumpa word ni. =)]