10 Julai 2013
Lebih kurang 5 pagi
Bangun pagi untuk sahur. I spotted blood and quickly told husband and mak about it. Tak sakit apa-apa pun. So turun jugak makan sahur. hehe.
Lebih kurang 9 pagi
Bersiap dan direct pergi hospital. Dah biasa pergi hospital sebab bleeding 2 kali time pregnant. Ada hikmah la. Dah tahu mana nak tuju. Dr check bukaan. Baru 3 cm. Sebab tak mau warded, dia tulis 2 cm dalam report. Dr bagi balek sebab selalunya 1st time pregnancy bukaan sepenuhnya take longer time. Tapi dia suruh datang balek petang tu. Nak recheck katanya. Tapi kalau start sakit and bleeding makin banyak memang dia pesan suruh datang terus. No need to wait till evening. LOL. I terus bukak puasa takut terberanak nanti tak da tenaga nak push. Sebab tak sakit, hubby bawak gi last minute shopping barang baby. hahaha. Nyempat lagi tu. :)
Lebih kurang 6 petang
No blood spot anymore and no pain. Plus dengan malas. Decide not going to hospital yet. Tau dah kalau pegi confirm kena seluk lagi. Tak suka dan tak mau pegi :)
Started spotting blood balek. Tapi sakit manja-manja gitu ja. Dr Check bukaan dah 4cm. Mula-mula dia bagi balek. Pastu dia datang balek cakap sorry kena ward juga. Dia takut jadi apa-apa. Time dia cakap kena ward tu sebenarnya perut baru ja start rasa sakit. So terus setuju la. ;) Actually I very malas dengan prosedur hospital ni part nak ambik bacaan ECG yang super lama tu. Dah la sakit belakang baring lama-lama statik atas katil tu. Sebab tak tahan sangat I duduk. Nurse perasan and cebik marah sebab graf ECG tak cantek. Siap report Dr lagi. Ada I hairan? hahaha. Tau tak apa Dr jawab? Tak pa la. Kita potong bahagian yang tak cantik tu dan sambung balik ECG tu. Hidup ni kena kreatif! :)
2nd Ramadhan 1434H
11 Julai 2013
Kejut hubby kat bilik menunggu untuk ambik barang dan iring gi ward. Time tu sakit datang berkala. Tapi tak counting pulak sela masa tu. Masa sampai kat ward, nurse tanya siapa rasa sakit sangat. Terus ngaku sebab tengok mommy to be lain cam relax ja. Kena seluk lagi =( Nurse tu cakap dah more than 5cm dah bukaan. hahaha. Terus kena tolak gi labour room. Tukar baju dalam labour room. Di Hospital Sultanah Bahiyah 1 bilik sorang. Sekali lagi kena baring ja. Bila dah tak tahan I terus mengiring. Nasib nurse muda yang jaga. Dia pun serba salah. Dr pantau patients through bacaan ECG tu. Bila mengiring bacaan ECG akan terganggu. Nurse tu try cari posisi bagi dapat bacaan tapi tak bole. Nasib la bila dah selesa I tukar posisi terlentang balik. Pastu baru la bidan yang sambut baby I masuk tanya pasal bacaan ECG tu. Then I duk tahan sakit ja la. Sempat tertido kejap, tengok nurse sahur, dan dengar suara orang bersalin kat bilik lain. =)
7.01 pagi
Alhamdulillah selamat melahirkan baby boy secara normal selepas push 2 round. 1st round failed. hehe. Rasa cam masuk pertandingan pun ada. Bilik tu penuh dengan pasukan sorak bagi semangat. Hubby cakap semua perempuan dalam bilik tu. Alhamdulillah. Lepas tu memang energy level drop to 0%. Nurse buatkan milo. Thanks Misi! Yang tak bestnya. Dorang jahit lambat. Dekat pukul 9 pagi baru jahit. Sakit kot. =( Doktor datang last check before hantar ke ward. Oh ya. Actually masa nak bersalin tu ada kisahnya jugak. Nama dah naik kata bersalin sedangkan I belom bersalin. Hubby terus tanya sebab dia dah isi borang nak masuk tapi tak dipanggil. Rupa-rupanya ada kesilapan teknikal. Hubby siap masuk dalam labour room dah time tu. Kebetulan dia lalu depan bilik saya dan nampak saya memang baru ja nak push time tu. Dia terus masuk and paut pegang tangan I. Alhamdulillah berpeluang juga bersalin ditemani suami tersayang. tragik betol! haip.!
10 pagi
Ditolak ke wad dan dapat jumpa baby balek.Yeay! 3 jam berpisah ngan baby. Sobs.
6 petang lebih
Selepas dah berjaya pergi toilet sendiri and baby pee and poo, Dr benarkan balek rumah. Hubby uruskan bayaran sebab GL tak bole pakai pasai apa ntah. Kena bayar RM25 ja. Dah nama pun GH mesti la murah. hehe. Then merdeka!!! Bosan kot duduk wad. hahaha.
Bismillahirrahmanirrahim.. memperkenalkan my little boy yang diberi nama Muhammad Tariq Bin Mohd Syakirin. ;)
Fresh from oven! :)
No comments:
Post a Comment