Thursday, May 8, 2014

260414: Tips untuk bawa anak kecil ke zoo

Alhamdulillah last last week pegi bercuti di Melaka. Sempatla melawat Zoo Melaka. Perghhh balek-balek terlentang jugak tido sampai terlambat pegi kenduri my ex housemate. So, I nak share few tips untuk those yang ada baby dan nak bawak baby belajar tentang nature ni. haha. 

1. Jangan lupa bawa spray nyamuk/serangga. Nak masuk tu terus spray kat baju baby. Jangan spray Ridsect sudah la. hehe. Spray nyamuk baby ni banyak jual kat farmasi. Watson and Guardian pun ada rasanya. Dalam zoo memang banyak nyamuk!

2. Pakaikan baby baju yang warnanya cerah-cerah. Nyamuk love darkness. So avoid black and dark color ya. One more, kat dalam zoo tak da air cond. Warna yang gelap-gelap ni menyerap haba tau. Kami pegi pagi pun rasa panas sangat.

3. Bring plenty of water. Kalau tak nak kita and baby dehydrate, bawak banyak-banyak air. Minta Encik Suami tolong pikul bag yang ada air tu. Kalau rasa berat, cepat-cepat la minum untuk kurangkan beban. hihi. Untuk mommy yang direct breastfeed, jangan lupa bawa nursing cover. Kalau teror, boleh nursing dalam carrier ja. =)

4. I prefer carrier than stroller. Jalan dalam zoo tu bukan macam dalam supermarket. Smooth ja nak tolak stroller. haha. Tapi berbukit bakau dengan tangga-tangga lagi. Stroller menambahkan beban lagi ada la. Masa pegi Zoo Melaka tempoh hari, Muhammad Tariq banyak didukung daripada duduk dalam stroller tu. Sebab lagi senang dia nak tengok haiwan-haiwan tu bila didukung. I yang kena tolak stroller kosong berisi 2 botol mineral water 1.5L dengan jalan berlekuk-lekuk. 0.0.

5. Kalau nak bawak stroller jugak, belilah yang tahan lasak ala-ala kenderaan 4 wheels yang orang bawak masuk hutan tu. Pastu jangan lupa beli kipas yang pakai bateri tu banyak-banyak dan susun depan stroller tu. hahaha. 


Itu ja kot tips masuk zoo. Selamat mendidik anak-anak tentang nature! =)
Byep!
Assalamua'laikum

2 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Kak Nab said...

sweet je model2 dalam gambar. ;-) .