Wednesday, February 15, 2017

Tudung instant pilihan ku

Semenjak bergelar mak-mak ni, antara kesukaran yang aku terpaksa berdepan adalah untuk maintain tudung dari awal keluar sampai la waktu balik rumah. Balik rumah confirm comot. huhu. Kadang-kadang keluar pun dah selebet gara-gara tudung tak beri kerjasama dan anak-anak dah meroyan nak keluar (fenomena biasa untuk anak-anak yang terperap dalam rumah 5 hari seminggu. haha). 

So, dipendekkan cerita, aku jumpa satu tudung yang sangat best yang bernama Haura Premium. Tudung ni menepati citarasa aku dan suami. Suami aku ni anti-shawl dan apa saja tudung yang melekat di muka. Senang cakap dia suka aku pakai tudung ikan bawal je. Ikan termenung dia tak suka. eh. Kebetulan, aku pun jenis selesa pakai tudung bawal pin depan je. Aku hanya dan hanya akan pakai tudung-tudung complicated yang kena lilit-lilit berjam-jam hanya bila nak keluar waktu uzur syarie. Ok aku ngaku malas nak lepak surau lelama dan tunggu turn tengok cermin semata-mata nak melilit tudung. huhu. Lagipun bila dah ada anak, kami kena bergilir solat. Masa solat dah berganda. Belum masuk masa nak melilit tudung lagi. Belum campur kesukaran bila solat di masjid yang lepas ambik wudhuk kena pakai tudung semula sebelum ke tempat solat atau tempat solat berada di tempat terbuka. Maaf aku tak cukup rajin (baca : malas) berangkut dengan pin-pin yang banyak. Taip pun dah rasa leceh dan penat. huh! 

Aku bersyukur sangat jumpa tudung Haura Premium ni sebab instant (terus sarung dan bukan saja siap tapi cantik! perasan.. :-P ) dan surely bukan jenis melekap di muka (aku kurang confident pakai melekap-lekap ni. haha) Bonusnya, tudung ni sangat senang bentuk dan senang iron. Tak payah tiup-tiup bila pakai, spray starch, tenyeh lilin.  So, suami-suami memang akan tersenyum dan borong sekodi supaya tak payah tunggu isteri lama-lama bersiap. Mesti ramai terus scroll cari gambar tudung. Kan? Kan? haha.. Saja share bawah-bawah sikit bagi keterujaan tu bercambah-cambah. hehe. 

Aku teringat lagi waktu pertama kali terpandang tudung ni, terus jatuh ditimpa cinta pandang pertama disebabkan kecomelan tudung Haura Premium ni. Perempuan memang suka benda comel-comel kan? Pantang masuk kedai-kedai Jepun, mesti rasa nak rembat je semua barang walaupun tak perlu. Sebab tu la kedai-kedai Jepun ni makin bersepah kat Malaysia ni. Gara-gara kita lah. hehe. Tudung ni simple je, plain saja. Tetapi dihiasi satu ribbon comel yang buat pemakai nampak sweet dan adorable. Serius sweet sangat sampai boleh kena kencing manis. 

Okay jom layan gambar-gambar tudung instant pilihan aku ni. Gambar orang je sebab aku pemalu nak kongsi gambar sendiri. Pemalu sangat u olls. haha. Nanti aku rajin aku share gambar personal aku plak jadi model gayakan tudung ni. cewaaah. hahaha. Kalau korang dah jatuh cinta, boleh like/follow kedai_ess_ess di facebook dan instagram, atau whatsapp/telegram saja 0125573571 untuk lebih pertanyaan pasal tudung yang tersangat menarik kau memang the boooom ni okay. Jangan tangguh-tangguh, tudung ni cepat nau sold out. =) Selamat cuci bilas mata. :-)














No comments: