Wednesday, November 13, 2013

170113: Next step after UPT result is positive

Assalamua'laikum

Alhamdulillah saya positif pregnancy selepas lebih kurang 2 bulan kawen. Ya, saya tak bunting pelamin sebab waktu kahwin tu di luar waktu subur saya. 1st month pun tak ada rezeki lagi. Time tu period lambat 5 hari. Planned nak beli pregnancy test kit after maghrib. Bila nak solat maghrib tu, jeng jeng jeng.

"Danger! Blood detected!"

Waktu tu memang cair habis la ais-ais kat mata ni. T.T Muhasabah diri balik dan perasan ada kurang sesuatu yang sangat penting iaitu DOA. Time tu kami lupa doa mohon dikurniakan cahaya mata. So, after that memang keep praying kami dikurniakan anak. Alhamdulillah ALLAH Yang Maha Mendengar makbulkan. =)

By the way, post ni nak share pengalaman 1st time buat buku pink untuk rujukan orang lain. Saya pun rujuk Miss Google juga masa self pregnancy test positive sebab blur jap apa next step. hehe. Oh ya, saya memilih klinik kerajaan berbanding swasta. Kesemua prosedur mengambil masa lebih kurang 3 jam. Swasta sepatutnya lebih cepat la :)

Below ni kronologinya ya! :)


1. Pergi ke KAUNTER PENDAFTARAN dan beritahu mahu membuat ujian kehamilan. Saya tak bagitahu hamil kononnya sebab nak pastikan betul betul memang hamil. Tapi klinik pun actually akan buat ujian urin jugak. -.-". Biasanya ada bakul kat situ dan kita akan diminta tinggalkan kad pengenalan di situ untuk pendaftaran. Tunggu sehingga nama dipanggil. Untuk pesakit luar, anda akan di caj RM1. 

2.  Kemudian, pergi ke makmal dan tinggalkan kad pesakit luar di dalam bakul yang disediakan. Tunggu sehingga nama dipanggil dan cawan kertas yang berlabel akan diberikan. Sebaiknya tanya medical lab technician tersebut kat mana toilet berhampiran dan kat mana nak hantar sampel urin tersebut. Kat sini saya usha orang-orang yang gilirannya sebelum saya untuk tahu kat mana toilet berhampiran dan di mana nak hantar sampel urin. hehe. Then, pergi ke toilet berdekatan dan ambil midstream urine. Untuk KK Jalan Datuk Kumbar, anda perlu hantar sampel urin ke BILIK M (ada tulis besar-besar depan pintu tau). Then gi tunggu balik depan kaunter makmal tu sampai result keluar.

3. Kalau positif, dia akan proceed suruh kita gi buat buku pink. Tanya dia kat kaunter mana kita boleh buat buku tu. Biasanya di bahagian ibu dan anak. Tinggalkan kad dalam bakul yang disediakan. Nanti nurse akan panggil dan bagi dua buah buku pink suruh isi semua bahagian yang kita tahu. 

4. Hantar balik buku tu kat kaunter. Tunggu lagi sampai nurse panggil untuk isi bahagian-bahagian yang selebihnya. Dalam sesi interview ni apa yang kita perlu tahu adalah HARI PERTAMA PERIOD TERAKHIR. Dari situ dia akan count kandungan dah berapa minggu. Yang lain-lain tu, basic info suami, tarikh nikah (ada tempat yang mintak kad nikah. so to be prepared, bawak ja), alamat terkini (tengok most time kita ada kat mana. sekarang ni dorang adakan personalized care. So kalau stay tempat lain dorg tak bagi buat pemeriksaan kat situ. Dorang mintak buat dekat klinik kesihatan yang berhampiran dengan tempat tinggal. Contoh kalau rumah mak dekat Alor Setar  tapi rumah sendiri kat Nibong Tebal, kita kena buat pemeriksaan kat KK Nibong Tebal walaupun planning nak beranak kat Alor Setar dan every weekend memang balek Alor Setar) 

5. Then dia amik blood pressure. Dua-dua belah tangan lagi. hehe. 

6. Bawak tiub darah dan buku gi bilik phlebotomi. Kalau KK Jalan Datuk Kumbar, bilik tu sebelah bilik M ja. Tinggalkan buku dalam bakul dan tunggu giliran lagi. Selesai ambil darah, hantar tiub darah tu ke makmal (BILIK M). dan tinggal sekali dengan buku pink tu dekat situ. Tunggu lagi sampai result keluar dan bawak buku pink tu gi jumpa misi yang dipertanggung jawabkan untuk jaga kita. Nanti dia akan suruh baring dan check mata, leher, breast dan perut. Then ceritalah semua simptom yang dihadapi. Jangan lupa request untuk buat scan. Nurse tu jugak akan bagitau bila next appointment. 

7. Dapat supplement vitamin C, vitamin B kompleks, Asid folik dan iron untuk dibawak balik dan selesaila sudah 3 jam di klinik kesihatan. :)

Lain Klinik kesihatan mungkin lain prosedurnya tapi stepnya lebih kurang rasanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat.!

Pssssssssssttttt post ni dah lama taip tapi tak publish. [ce tegok tarikh. haha] Anak second nanti bole review balik post ni. hehe.. Bye! :P

2 comments:

cik mah said...

Tahniah dear..welcome to the club...

picairin said...

Thanks dear ;)