Thursday, February 9, 2012

090212: Aku Terima Nikahnya by Ustaz Hasrizal

On the way balek dari Kelantan (fieldwork) tempoh hari (03022012), saya berjaya mengkhatam buku Aku Terima Nikahnya. Not a compilation version yang 3 in 1 tu tau. Ni 1 of the 3 books yang di compile itu. hehe. Tanpa jemu saya membaca pengalaman Ustaz Hasrizal sepanjang sebelum bergelar suami sehinggalah mempunyai 3 orang anak. Sangat menarik kerana terselit unsur lucu, pilu, kagum dan dalam masa yang sama memberi input menarik kepada yang single tak pun yang plural. Membuka mata yang sedia besar ini tentang tanggungjawab yang akan dipikul apabila masjid terbina. Persediaan mental, fizikal dan emosi sangat perlu sebelum menjejak kaki dalam pembinaan baiti jannati. Pengalaman dia dan kita tak mungkin sama. Tapi pengalaman itu menjadi inspirasi dan contoh dalam mempertahan dan memperkukuh sebuah mahligai yang fragile. Perkahwinan bukan hanya suka-suka. Akad nikah adalah permulaan kepada tanggungjawab besar yang akan terbeban di bahu. Mood preparation majlis perkahwinan yang memang malap kini kian gelap. Tunggu bulan 6 kot baru nak datang balek mood berkenduri hujung tahun ni. hehe. Sekarang mood usha-usha jak.=)

psssssstttt jom timba ilmu sebanyak mungkin sebelum menukar status cik kepada puan. =)


"Dan kahwinlah orang bujang (lelaki/perempuan) dari kalangan kamu dan orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLAH akan memeberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana ALLAH Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (24:32)  

2 comments:

Unknown said...

uya hari tue 2bulan lebih, 3 bulan jugak mood untuk wedding preps tergantung hahahaha..xpe dear..good luck

picairin said...

ini gara2 penat tunang tak lepas lagi la..hahaha... hope sama cam uya la.. pas 3 bulan kembali bersemangat..heee