Wednesday, July 4, 2012

040712: Alhamdulillah

Alhamdulillah. Segala pujian hanya milik ALLAH semata-mata. =)

Yang pertama atas upaya yang ALLAH kurniakan untuk menyiapkan photobook pertunangan yang saya buat berulang kali disebabkan laptop yang akhir-akhir ni kerap sakit. =) Selamat dihantar semalam walaupun hasilnya kurang memuaskan berbanding hasil kerja pertama saya yang telah hilang sekelip mata apabila laptop di format.. Due date nya 11 Julai. Alhamdulillah voucher tak burn! =) InsyaALLAH photobook engagement tersebut akan menghiasi meja guestbook untuk ditatapi oleh para tetamu yang tak mempunyai kesempatan menyertai majlis pertunangan saya pada 15 Januari yang lalu. =)

Yang kedua atas rezeki ALLAH, saya berjaya menjadi salah seorang daripada 50 pemenang T-shirt bride and groom. Ya 50 orang. hehe. Sebab tu berjaya. =P Ini lah the first and only wedding contest yang saya menang setakat ni. Sadis tak? haha. Thanks to Rayyanart (the organizer). Saya dalam perancangan nak antar pillow case untuk di printing oleh pihak Rayyanart. Dah tanya harga. Quite reasonable. Tapi pillow case nya pun belom ada. InsyaALLAH akan digunakan untuk deco bilik pengantin yang simple teramat-amat tu. =D

cantek kan? taken from marthastewart.com

Psssssttttt pejam celik pejam celik rasa dekat sangat dengan majlis. Tapi banyak pending lagi. T.T

No comments: