Wednesday, December 7, 2011

061211: Forum Sampaikan Aku Pada Dia

Semalam tanpa dirancang kaki menongkah arus malas menuju bumi Kolej Tun Syed Nasir UKM Kampus Kuala Lumpur. Hayunan kaki dan tangan beriringan menuju Dewan Serbaguna bagi menghadiri Forum Sampaikan Aku Pada Dia. Panel-panel yang hebat yakni Ustazah Fatimah Syarha dan Ustaz Zaidi (Mantan BADAR UKM KKL) membulatkan niat meredah gelap malam menuntut ilmu. Ilmu yang diperoleh bersesuaian untuk dikongsi di blog ini berbanding satu lagi blog saya kerana isu CINTA tempatnya disini.=) Saya tak mahu menjadi panelis ketiga disini. Cukup berkongsi sedikit ilmu yang sempat ditangkap hati. 


Pelbagai faktor menggalakkan wujudnya blog B2B. Kebanyakan orang mesti setuju antara faktornya adalah untuk berkongsi persiapan dan idea sebelum bertukar status Cik kepada Puan. Tetapi saban kali fokus blog B2B hanya berkitar kepada persiapan luaran. Jarang sekali kita berkongsi tentang persiapan diri. Apa persiapan diri itu?


1. Fokus mencari ilmu. Ilmu itu luas. Pencarian ilmu mempersiap diri menjadi pemimpin dan PA (personal asisstant) pemimpin pada negara rumah tangga.
2. Memperbaiki akhlak.
3. Menjaga hubungan dengan ALLAH iaitu cuba mengatur masa untuk perkara bermanafaat pada kita. Berjaga-jaga lah supaya cinta kita pada seseorang atau sesuatu tidak menyamai/melebihi cinta kita pada Pencipta atau dengan kata lain CINTA MENSYIRIKKAN ALLAH. nauzubillahiminzalik semoga kita terhindar dari perbuatan itu. Letakkan cinta ALLAH diatas. Andai kita sanggup luangkan 3jam bersama bakal suami/suami. Gandakan masa kita untuk ALLAH. Kekalkan cinta agung itu yang utama. 


Ketiga-tiga aspek ini penting kerana janji ALLAH
"Perempuan yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, Perempuan yang jahat untuk laki-laki yang jahat" (24:26)


Mari menjadi baik supaya jodoh kita menjadi lebih baik juga. Bukankah matlamat kita cinta hingga ke syurga.Ayuh persiapkan diri.=)



4 comments:

dhiera zainudin said...

nice entri. suke!
sentiasa lah kita muhasabah diri dan berubah kepada kebaikan~

picairin said...

yup... terkena gak kat batang hidung sendiri sebenarnya... sebab tu share kat sini..hehe

Anonymous said...

hye dear, kite b2b from selangor, jom exchange link,

http://epagroove.blogspot.com

picairin said...

zarifa...jom2! ^^