Saturday, June 9, 2012

090612: Celik Mata dan Jiwa Seorang Isteri


Alhamdulillah ALLAH memberi kesihatan dan 'afiat untuk saya menonton berulang kali video yang buat mata saya celik tentang perubahan besar yang akan terjadi dalam hidup saya tanggal 23 Ogos 2012 nanti. Daripada cik kepada Puan insyaALLAH. Buat mereka yang online menggunakan wifi yang block you tube, saya dengan besar hati ingin berkongsi point-point penting yang terdapat dalam video ini, untuk dijadikan ingatan pada diri saya sendiri dan semua sahabat saya yang sudi menjadi follower atau terbaca blog yang serba kekurangan ni. =)

Prof Dr Muhaya : Kadang-kadang kita ambil setahun untuk merancang majlis sehari dua hari, mencari baju, make up paling cantik, tetapi tak merancang kehidupan untuk 30 sehingga 40 tahun bersama suami.

Cara-cara menjadi isteri yang celik mata dan jiwa
1. Bersyukur : Seorang wanita perlu bersyukur apabila ada seorang lelaki sudi memperisterikan kita.
2. Tahu tujuan perkahwinan : Sunnah Rasulullah, mendapatkan anak yang soleh untuk pencen kubur (anak yang soleh mendoakan kita apabila kita berada di kubur nanti iaitu tika terputus segala amalan), merasa bahagia dan membahagiakan serta menjadi isteri solehah (meletakkan matlamat ciri-ciri isteri yang kita mahu jadi setiap hari)

Ciri isteri yang solehah
1.Menjadi isteri yang sihat- rupa paras yang cantik, menjaga kesihatan, menjaga pemakananan
2. Bijak berfikir - berfikiran positif
3. Tinggi kerohanian dengan ALLAH - Jaga aurat, solat etc.
4. Jaga hubungan dengan manusia- Terutama dengan mak mertua.
5. Menjaga kewangan- berbelanja pada tempatnya (makanan yang sihat, hadiri seminar dan beli buku. Ingat! Setiap duit yang kita belanjakan akan disoal di akhirat.

Tips Kesihatan Fizikal
Karbohidarat ada 2 jenis:-
1. indeks glikemik tinggi- bila makan, gula dalam darah naik memuncak. Bahaya! Boleh menyebabkan kencing manis.
2. indeks glikemik rendah - bila makan, gula dalam darah lambat naik
Protein : Molekul panjang. Jadi melambatkan rasa lapar. 
Air paip perlu di filter! Badan 70% terdiri daripada air. Pastikan air yang masuk dalam badan adalah air yang bersih dan selamat.
Ambil makanan tambahan : Dalam kehidupan kita yang sibuk hari ini, kita perlukan makanan tambahan.
Bersenam bersama suami dan anak-anak.

Tips Kesihatan Mental
1. Buku dan majalah apa yang kita baca? - Baca buku yang memberi solusi, memberi cara, memberi ilmu yang membangunkan diri
2. Channel TV apa yang kita pilih? - kalau hiburan semata-mata tidak membina roh
3. Berapa RM yang kita habiskan untuk membeli buku?
Kita dipengaruhi oleh buku yang kita baca, wayang yang kita tengok, orang yang kita jumpa, berita yang kita lihat dan TV yang kita tonton.

Apabila berjumpa suami/anak-anak/mak mertua/sesiapa sahaja
1. Menghargai
2. Sebut kebaikan mereka
3. Elak kritik

Kena jaga 4 perkara dengan suami:
1. Jaga mata suami - bmesti cantik selalu
2. Jaga hidung suami - elakkan badan berbau, buat dental floss selalu
3. Jaga telinga suami - cakap perkara-perkara yang baik
4. Jaga hati, perasaan dan jiwa suami - elak menyakiti hatinya

Semoga beroleh manfaat.=)
Assalamua'alaikum

2 comments:

chil&zam said...

good info dear, prep weding,pre to be suami+isteri juga penting ..wlopon xdapat tgk video tu...insyallah..nk cari video tu after opis curfew..heheh :)

picairin said...

Alhamdulillah..mesti tengok tau... serius sgt useful utk kita as wife to be and mother to be insyaALLAH.. =)