Tuesday, May 29, 2012

290512: Sticker yang ditaja


Ni la aktiviti yang dilakukan semalaman semalam. Alhamdulillah dah settle gunting secara manual sticker 'Terima kasih' yang disponsor oleh kawan mak ini. Sejuta penghargaan untuk pemberian sticker sebanyak 800 ++ ini. Dont know yet kat mana nak tampal. Kemungkinan besar dekat doorgift. Actually net dan ribbon untuk doorgift dah settle. Tunggu dekat-dekat majlis baru boleh bungkus itu epal.Ya saya bagi epal untuk 900 tetamu yang hadir. Selebihnya akan dapat doorgift kenduri my sisters yang lebih-lebih yang tak habis tu. Kenapa epal? Sebab tema saya alam sekitar. hahaha. Sekarang tengah pening doorgift untuk VIP who are team marhaban dan rombongan pengantin lelaki. Saya nak DIY brown paper bag [dapat ilham dari sebuah magazine] tapi mak ada terberkenan dengan bag sedia hias kat kedai barang kawen. Hari tu tengok tak da warna yang masuk tema. Mak kata nak tunggu lagi. So tunggu la. Kalau tak da, I will proceed dengan idea DIY tersebut. =D Bahagian doorgift tak boleh tick lagi sebab ada 100 doorgift VIP yang masih menjadi tanda tanya. -.-"

No comments: